Thursday, March 10, 2011

Tentang Lawatan Ke Ipoh

Pia hendak ke Ipoh membawa anaknya Zikrey menaiki choo choo train. Aku sudahpun memberikan tips dan apa yang patut kepadanya. Bagaimanapun aku sebenarnya tidaklah bersemangat sangat memberikan panduan kepada rakan-rakan seperti Pia apabila mereka hendak ke Ipoh.

Jangan salah faham. Aku sentiasa sedia memberikan pertolongan dan panduan jika diperlukan. Malah aku sedia bagi panduan secara lintas langsung sambil rakan-rakan berjalan kaki mencari kedai nasi ganja, sebagai contoh. 

Dan aku sayangkan Ipoh - tanah tumpahnya darahku. Tempat penuh nostalgia pahit manis aku dan keluarga.  

Cuma aku ada kekeciwaan sendiri terhadap bandaraya ini apabila rakan-rakan berkata hendak bercuti, makan-makan dan tengok-tengok apa yang menarik di Ipoh. Kekeciwaan aku berkait dengan cara Ipoh, atau lebih tepat lagi mungkin juga Majlis Bandaraya Ipoh, mempromosi bandaraya ini sebagai destinasi persinggahan dan juga berkait dengan tidak adanya usaha mereka yang bertanggung jawab menyerlahkan daya tarikan lain yang ada di Ipoh. Dan jika Ipoh tiada daya tarikan, apa pula yang mereka lakukan?.

Ya Ipoh ada banyak tempat makan. Kata kawan-kawanku yang berbangsa China, Ipoh merupakan syurga Chinese food. Untuk Melayu seperti aku juga, Ipoh kaya dengan tempat makan sedap-sedap yang berbaloi dicuba dan tidak malu untuk disyorkan pada kawan-kawan.

Tetapi letaknya tempat-tempat makan ini ialah satu di hujung sana dan satu di ceruk situ.

Jadi bagaimanakah caranya seorang pelawat yang cuma berkunjung sehari dua dapat mencarinya dengan mudah dan cepat?.

Selain usaha beberapa pelayar internet mengumpul tempat-tempat makan sedap di Ipoh di forum, blog dan facebook, aku belum jumpa satu panduan rasmi dari mana-mana badan atau jabatan yang mempromosi kelebihan Ipoh sebagai destinasi pelancongan dan tempat makan.

Apabila tiada sokongan dan kerjasama sebegini, maka memang tidak adalah panduan yang boleh diguna para pengunjung untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Walaupun Ipoh tidaklah sebesar mana, untuk move around tetaplah memerlukan panduan, di mana hendak mencari teksi atau hendak naik bas apa dan turun di mana. Tambah sukar, sekarang di Ipoh sudah tidak ada lagi perkhidmatan beca seperti di Georgetown.

Kalau hendak harapkan semua kedai-kadai makanan ini bergabung dan duduk sama-sama untuk lahirkan satu buku panduan .. hmm faham-faham sajalah cara orang Malaysia berniaga. Jaga kepentingan masing-masing dulu dan tak pernah kisahpun pasal faedah economics of scale. 

Selain tempat makan, apa daya tarikan lain di Ipoh? Hmm aku nak kena ingat dulu. Kalau pencinta seni bina bangunan lama sudah tentu lawatan mereka berbaloi kerana Ipoh ada banyak architecture masterpiece dengan pengaruh Moorish yang di bawa oleh Inggeris.

Satu contohnya ialah bangunan stesen KTM ini.

Stesen Keretapi Ipoh

Di depan bangunan ini ada satu teman kecik yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Hollywood, Anna and The King.

Kalau kawan-kawan yang datang dari Lembah Klang tak kan aku hendak mencadangkan mereka berkunjung ke taman tema The Lost World of Tambun pula yang sama saja dengan Sunway Lagoon. Kelainannya mungkin adanya kolam air panas dan letaknya di kaki gunung batu kapur.

Kunjungan ke Gunung Lang mungkin juga menarik kalau hendak melihat dari dekat bagaimana rupanya gunung batu kapur. Di situ juga boleh naik bot untuk ke satu pulau. Kalau petang minggu ada banyak  pasangan pengantin Melayu bergambar kenangan di situ (sejak pengantin Melayu dah pandai ikut cara orang Cina bergambar di merata lokasi menarik selepas berkahwin).     

Gunung Lang 

Pada pagi Ahad di tengah-tengah Ipoh ini juga ada flea market yang dipanggil Memory Lane. Ada banyak barang-barang lama dan antik dijual di situ dan manusia yang berkunjung amatlah ramai. Kalau berminat nak cari barang yang boleh membangkitkan semula nostalgia, di sinilah tempatnya.  

Memory Lane
Kredit : Sibikos

Di Tambun sebenarnya ada lukisan zaman purba di satu gua. Tapi bak kata aku tadilah, apa yang pihak tertentu itu buat bagi membolehkan pelancong pergi melawat?

Sepintas lalu, pada pendapat aku, kalau lawatan ke Ipoh hendak lebih bermakna kena keluar dari Ipoh dan berkunjung ke tempat-tempat berdekatan macam Batu Gajah di mana adanya Kellie’s Castle atau ke Bandar di Raja Kuala Kangsar di mana adanya Masjid Ubudiah, Muzium Di Raja Perak dan sambil singgah “Lembah” di tepi Sungai Perak (satu tempat jualan barang-barang tradisional dan ada banyak gerai makan.).

Masjid Ubudiah

Kalau hendak adventurous menjelahi gua, boleh menghala ke Kampar dan singgah di Gua Tempurung. Penjelajahan gua ini ada pakej-pakejnya ikut tempoh masa yang ada kita dan ikut tahap  keberanian kita.

Kalau setakat hendak berjalan kaki di sekitar Ipoh, print dulu peta ringkas Bandar Ipoh. Rancang ke mana anda hendak pergi. Sebaiknya jangan tergesa-gesa. Kalau free and easy, boleh makan banyak. Hehe.

Kalau hendak cuba pelbagai jenis masakan Melayu Perak, cari teksi nak suruh hantar ke Restoran Tasik Raban di sebelah Stadium Perak. Di tepi Stadium Perak itupun ada banyak gerai yang menjual masakan Melayu.

Kalau nak makan nasi kandar sudah semestinya cari nasi ganja atau ada juga yang panggil nasi vanggey (tapi tak sama dan jangan terkeliru dengan sebuah kedai yang menggunakan nama Restoran Vanggey). Nasi ganja ini terletak di Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom. Walaupun kedai kopi Cina, satu-satunya makanan yang dijual di situ ialah nasi kandar dan Cina itu hanya menjual air. 

Kalau lepak sambil makan-makan di sebelah malam, pergi ke Dataran DBI. Di situ segala macam makanan ada.

Selain itu, makanan sedap yang lain dan worth untuk dicuba ialah Mee Rebus Ramli, Mi Kari dan Mi Kicap Mat Jasak, Nasi Ayam Fuziah, laksa di Padang Polo dan ... banyak bebenor yong oi.  

Dan jangan lupa makan kacang putih Ipoh. Terbaik di dunia.










6 comments:

Rin Ahmad said...

i terharu dengan entry ini... thanks HK... memang segala info u pernah bagi i, sangat berguna dan i memang dah catit sejak awal lagi....

i rasa u sorang yang paling byk bagi i info pasal Ipoh ni... selain dari i google je... memang i blur sgt pasal Ipoh... maklum lah tak pernah sampai.. (haprak betul i ni kan? hahahah)

terus terang i ckp, i pergi dgn waktu yang amat amat singkat... satu malam je overnite kat Ipoh... sebab utama dia cuma nak bawak zikrey merasai naik choo choo train tu lah... kebetulan Komuter ada sampai ke Ipoh... so Ipoh lah jadi pilihan i...

pasal transportation dgn hotel memang merisau kan jugak... sebab tak tau hotel mana yang ada kosong (cuti sekolah) dan yang dekat dgn stesen keretapi... tak pe harap2 ada teksi boleh bawak kitorang ke hotel nanti... cuma kitorang kena decide cepat2 hotel apa kitorang nak.. dan harap hotel ada kosong.. (walk in je ni hehehe)

insyaallah... semua berjalan lancar... harap2 kami tak sesat hahahaha... dan akan cuba pergi ke tempat2 makan yang sgt teruja bila i baca kat entry u ni dan blog2 blogger yang lain...

thanks HK...

plug2pin said...

dah tempah hotel yek. Sorry la pia, bz skrg sampai lupa pasal plan pia nak pi bulan ni.
kalau plug join, blh la ajak member bawak pusing2 ipoh.

Bunnita said...

Tak jauh dari Ipoh hala ke Lumut ada satu tempat nama Pusing.:[)

Rosmawati Ab Raub said...

Skrg ni dah ada keretapi elektrik dari KL terus ke Ipoh. Saya bercadang membawa family menaikki train tersebut. So hotel mana yg bagus menginap dlm harga < RM150/mlm, berdekatan dgn stesen keretapi ni. Boleh suggest? Waiting for your advice. Thank you.

hk said...

Sebenarnya tiada hotel yg berdekatan dgn stesen keretapi. Dan adalah lebih baik cari hotel di tengah bandar supaya senang berjalan2 dan cari tempat makan. Saya cadangkan hotel Ritz Garden. Nak makan nasi ganja pun dekat ya amat.

Super deluxe baru RM145 semalam.

Hotel Ritz Garden
86 & 88, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh
Tel: 605-2427777

Anonymous said...

Kalau dtg Ipoh jangan lupa utk try satay madi di Kinta Riverfront.. Terbaik

Post a Comment