Wednesday, May 30, 2012

Tentang Porsche Carerra

3 comments


Membeli kereta Porsche Carrera itu satu kemaluan ye? You see, dua hari lepas ketika memarking kereta di basement pada pukul 6.40 pagi, aku ternampak sebiji Porsche yang baru tiba dan mencari parking juga. Ia bagaimanapun lenyap dan aku tak tahu di ceruk mana ia berhenti (parking). Sebelum itu, tak pernah pula aku nampak kereta Porsche berkenaan apa lagi masuk ke basement subuh-subuh macam tu. Dengan segera naluri aku terjentik nak tahu siapa pula yang membawa Porsche berkenaan. Aku terus meneka-neka siapa agaknya di kalangan kenalan yang mampu memiliki Porsche, kereta yang hanya boleh diimpikan saja kebanyakan orang, termasuk aku. Salah seorang yang terlintas di fikiran ku ialah KS. Dia kaya, anak orang kaya dan berkahwin pun dengan wanita kaya. Tetapi kereta itu juga mungkin milik orang dari syarikat lain yang beroperasi di bangunan yang sama. Beberapa minit selepas aku masuk ke pejabat, KS tiba-tiba masuk dan dengan kekaguman aku terus rumuskan memang dialah yang memandu Porsche tadi. Kalau tidak bagaimana pula dia boleh muncul di pejabat lebih kurang waktu yang sama dengan aku (aku memang selalu tiba di pejabat antara 6.30 - 6.45 pagi setiap hari). Lalu akau tanya pada KS "Was it you driving the Carrera?" Dia bagaimanapun menafikan dan sempat menjawab dia tak memandu hari itu dan isterinya yang menghantar dia ke pejabat.  Itu kisah semalam.




Bagaimanapun, subuh tadi  sudah di takdirkan aku bertembung lagi dengan Porsche Carrera itu dan memang sah KS yang memandunya. Ternyata semalam dia berbohong bila mengatakan kepada aku bukan dia. 

Tadi aku sempat bertanya kepada seorang rakan lain sama ada dia tahu mengenai kereta baru KS itu. Jawabnya dia tahu tapi bukan dari mulut KS. Dia tahu sebab seseorang yang rapat dengan KS telahpun berpeluang menaiki dan memandu uji kereta itu. Bagaimanapun, dia juga telah diminta oleh KS supaya tidak bercerita pada sesiapa. Aku juga diberitahu oleh sebab tidak mahu orang tahu, KS tidak memarking kereta di parking biasanya di basement 1 sebaliknya sanggup memarking jauh dari penglihatan orang di basement 3 yang sentiasa sunyi itu. 

Aku juga diberitahu oleh sebab tak mahu orang tahu, ada kalanya dia menggunakan khidmat valet parking di bangunan sebelah di mana kadar parking di situ ialah RM25 sehari. Khabarnya sudah beberapa bulan dia berbuat demikian.  
   
Aku tidak mahu mengaibkan KS dengan bersemuka dan bertanya kepadanya kenapa berbohong kepada aku semalam. Nanti dia termalu pula. Setiap orang ada alasan sendiri apabila mengambil tindakan seperti yang diambil oleh KS itu. Cuma mungkin akulah yang tak faham sebab aku tak pernah membeli Porsche !!!    


Tentang Pemergian Ninda

7 comments
Bila satu demi satu kematian berlaku di sekeliling kita, maka sedikit sebanyak kitapun terdetik sesuatu juga. Sejak beberapa minggu lalu, beberapa orang yang aku kenal pulang dijemput Illahi. Salah seorang ialah nindaku yang tercinta. Aku dikejutkan pukul 4 pagi dengan berita sedih itu dan selepas mandi dan mencapai apa yang patut, pukul 5 pagi aku sudah sampai di rumah abang. Memandu seorang diri sepanjang KESAS di pagi hening begitu membuatkan kepala aku mengelamun dan diselubungi kesedihan mengingat saat manis bersama nindaku ketika di Ipoh. Selain bondaku, ninda adalah segala-galanya buatku. Semasa aku kecil, dialah yang memastikan aku akan mendapat ayam bahagian peha yang juga menjadi idaman abang-abang yang lebih besar. Dialah yang menghulurkan duit RM5 atau RM10 kalau aku teringin nak makan di pekan (Ipoh). Aku teringat ketika aku sudah bekerja, aku pula memberikan dia duit dan walaupun jumlahnya tak seberapa tapi aku nampak wajahnya cukup bangga. Terlalu banyak kenangan bersamanya. Kini dia sudah tiada. Tiada lagi ninda menanggung derita dunia selepas bertahun-tahun bed ridden. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Moga bacaan Quran dan ibadah ninda yang tak tidak putus-putus dulu menerangi dan melapangkan kuburnya. Syurgalah tempatnya.

Sedihnya, ninda pergi semasa bonda berada di tanah suci kerana mengerjakan umrah. Hanya setelah jasad ninda sudah hendak diturunkan ke dalam liang lahad, barulah bonda mendapat tahu (dia meninggalkan handphonenya di bilik.)  




Saturday, May 26, 2012

Tentang kasut

4 comments

Wahh hari ini aku jadi hantu kasut. Nampak saja terus bedal tiga pasang sekali gus. Macam hilang akal kan ? Nak pakai masa bila dan di mana, kemudianlah aku fikir. 

Ini gambar kotak.


 Ini ok kot pakai dengan jeans?


 Ini akan nampak ala-ala macho kot kalau aku pakai hahaha


Ish ini sesuai ke pakai ke ofis ? Walaupun badannya kulit berwarna hitam, tapi tapaknya yang putih bagi nampak pelik. Tapi kalau pakai dengan jeans sure segak aku nanti hahaha  



Thursday, March 8, 2012

Tentang Berfikiran Positif

2 comments
Aku pernah terbaca Deepak Chopra berkata berfikiran positif hanya menyesakkan kepala dan boleh mendatangkan stress. Begitulah lebih kurang maksudnya. Aku tambah pula berfikiran positif walaupun tidak satu umatpun boleh kata ia salah juga memerlukan kita fokus dan ini menyempitkan laluan dan membataskan pilihan. Jadi lebih baik berfikiran "kreatif yang positif" sebab apa masalahpun boleh selesai kalau kita mampu  menemui pelbagai kaedah penyelesaian (jika kita kreatif)  dan mampu  melihat masalah itu dari sudut pandang yang pelbagai (apabila kita kreatif). 


Dan proses kreatif itu boleh menjadi satu perjalanan yang menarik sebenarnya buat kita.


Apa lagi kata Deepak Chopra yang pernah melawak dengan Oprah Winfrey "if you marry me, you will become Oprah Chopra" ini? 


The joy in what I do is mostly creativity. I think creativity is an ecstatic impulse that we all have. And there's nothing more joyful than having a moment of creative insight and actually creating, or rather manifesting or incarnating your creative insight into actual, physical reality.
 The struggle is part of the creative process, and it's very enjoyable to have the struggle. Without the struggle, there would be no joy in creativity.
The one thing that is not enjoyable is if you get attached to the outcome. And if you're constantly looking for approval and you are not immune to criticism, then you are in trouble and you will continue to be struggling and never find the creative impulse.
Yes, I have a creative process.  It has nine steps: intended outcome, information gathering, information analysis, incubation, insight, inspiration, integration, implementation and incarnation. I could talk all week about it. Through my own experiences, I came to realize that all creativity goes through these steps that I just mentioned.  And that includes scientific creativity, creativity in art, of music, of storytelling; but also biological creativity, which is healing.






Tuesday, February 14, 2012

Tentang Grik

3 comments
Aku bercadang untuk menerokai Hulu Perak - satu bahagian di negeri Perak yang belum pernah lagi aku terokai. Pelik juga aku tidak pernah ke sebelah sana sedangkan aku lama menetap di Kuala Kangsar yang tidaklah jauh. Tempat paling jauh aku pernah sampai di daerah Hulu Perak ialah Lenggong. Itu pun semasa kecil dulu ketika mengunjungi rumah rakan keluarga. (Masih teringat lagi dijamu ikan keli bakar cicah air asam). 

Sebagai langkah pertama “pengembaraan” ke Hulu Perak ini aku mulakan dengan mencari tempat bermalam.  Sudah pasti aku mahukan yang selesa dan dekat dengan tempat makan. Aku tiada kenalan berasal dari daerah itu yang boleh dijadikan tempat rujukan. Jadi, pilihan yang ada ialah internet.

Di laman Google aku menaip "Grik + hotel" di dalam kotak search dan beberapa link hotel yang terpacul, aku memilih yang atas sekali iaitu Great Wall Hotel. Ada dua nombor telefon tertera. Aku mendail salah satu nombor dan tidak lama kemudian suara seorang gadis berada di hujung talian.

Gadis : Hello
Aku : Hello, itu Great Wall Hotel?
Gadis : Err bukan. Ini kedai Singer. Tapi hotel Great Wall tu kat atas je.

Aku mula terpinga. Tersalah nombor kah?

Aku : Kat atas?
Gadis : Ha’ah. Tapi tuannya sama.
Aku : Hotel ni cantik lagi ke? (Maksud aku sebenarnya ialah nak tanya hotel ini baru ke?)
Gadis : Cantik. Orang yang cakap ni pun cantik.
Aku : Macamana nak tengok?
Gadis :  Datang sini tengoklah.
Aku : Mesti ramai orang (maksud aku ramai orang macamana nak tahu mana satu dia)
Gadis : Memang ramai.
Aku : Siapa nama?.
Gadis : Ayu.*
Aku : Ok lah Ayu.

* aku tukar namanya hehe

Selepas mematikan telefon, aku lihat balik skrin PC. Rupanya nombor yang aku dail tadi ialah no fax untuk hotel berkenaan yang mungkin juga digunakan sebagai nombor telefon untuk kedai di mana gadis tadi bekerja.

Aku telefon pula nombor yang sebenarnya dan dijawab oleh seorang lelaki Cina.

Aku : Hello
Lelaki Cina : Hello
Aku : Saya mahu tanya, room rate you punya hotel.
Lelaki Cina : Oo. RM60 ada. RM90 pun ada. You bila mau mari?
Aku : Belum tau. Tanya dulu. Kalau saya mahu pergi itu Muzium jauh ka? (Maksud aku ialah Muzium Arkeologi)
Lelaki Cina : Oo. Itu mahu tengok Perak Man ka? Itu di Lenggong sana. Belum sampai Grik lagi.
Aku : Dari Lenggong sampai Grik berapa lama?
Lelaki Cina : Dalam 30, 45 minit itu macam.
Aku : Oo. Ok. Nanti saya datang.

Hasil dari pencarian di internet, aku rumuskan kalau aku jadi memulakan "pengembaraan" ini, cuma ada dua perkara yang patut aku tumpukan iaitu sejarah dan keindahan alam. Dan satu lagi sudah tentu aku juga ingin merasakan masakan orang-orang Grik. 

Tapi entah bilanya aku dapat hendak ke sana dengan kerja yang menimbun ini? 


Thursday, January 12, 2012

Tentang Birthday Tiba Lagi

6 comments
Well, it's the return of my birthday. Another year. 
The best is yet to be. 

Friday, December 30, 2011

Goodbye 2011

0 comments


To be honest to my self, 2011 will just be another year.  On 1st January 2012 at my favouritre teh tarik watering hole Restoran Al Ali (tom yam sini best), I will look back at 2011 as an empty year. I mean, another empty year. Sad huh ?

2011 wasn’t a year where targets were met and self interests were made paramount (who is to be blamed here but yours truly) or success were recorded. None of these took the front seat in 2011. 

Problems were aplenty. Those problems that plagued me in 2010 are still very much present going into 2012.

Tapi tak mengapalah kan ? Yang penting kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan kesempatan untuk membetulkan mana-mana kesilapan dan bersyukur kerana diberikan kesabaran dan kekuatan minda dan emosi.

For everyone - who ever reading this small note - hope you enjoy your year end break and let's  look forward to working for a better, safer, more rezeki and better economy in 2012.

Monday, December 19, 2011

Tentang Mek Mulung Cahaya Bulan

0 comments
Pagi semalam berkejar ke auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mencari tiket Mek Mulung Cahaya Bulan (MMCB). Tiket yang dicari ialah untuk persembahan malamnya dan jika terlepas, gigit jarilah aku sebab ia merupakan persembahan terakhir. 

Nasib baik tiket masih ada. Mungkin juga ada kerana aku tiba awal dan orang lain belum keluar mendapatkan baki-baki tiket yang masih tertinggal.

Dari reviu yang aku baca sambutan amat menggalakkan dan itulah juga yang mambuat aku mengambil keputusan pergi menonton.

MMCB ialah teater ketiga aku tonton tahun ini selepas The Secret Life of Nora dan Badai Semalam. 


Poster


Nabil dan Razali Hussain.
(gambar di atas bukan dari persembahan malam tadi)


MMCB menampilkan Razali Hussain sebagai Raja Negeri Selindungan Bulan yang bernama Cahaya Bulan dan Ahmad Nabil Ahmad sebagai Awang Pengasuh. 

Pelakon-pelakon lain kebanyakannya adalah terdiri dari Grup Teater Petronas termasuk Haslinda Ali yang memegang watak sebagai Puteri Nang Mara.

Seperti teater Mek Mulung lain, teater ini bermula dengan nyanyian, tarian dan mainan alat muzik tradisi. Memang memukau.   


Puteri Nang Mara
(ini juga bukan foto malam tadi)

Tetapi selepas itu tahu tak ia sarat dengan jenaka pecah perut dengan dialog  menggunakan slanga bahasa terkini.

Memang Nabil dengan jenaka spontan yang mungkin tidak ikut skrip itu menjadi ketua kepada lawak jenaka ini. Namun begitu aku ucapkan tahniah kepada pelakon-pelakon lain dari Grup Teater Petronas yang turut sama "naik syeikh" menggegarkan auditorium dengan dialog dan lakonan lucu mereka. 

Oh ya, sebelum show aku bertembung dengan Nabil yang ditemani isterinya ditangga menuju ke auditorium. Dia sedang bercakap dengan seseorang yang aku agak  mungkin pegawai dari Grup Teater Petronas. Dari perbualan mereka aku merumuskan pegawai itu mahaukan Nabil menyebut tag lineya "lu fikirlah sendiri" untuk persembahan final malam itu. Kemudian entah untuk tujuan apa aku terdengar pula Nabil memberitahu nama penuhnya kepada seorang yang lain. Ketika itulah aku senyum pada Nabil dan menegurnya dan berlangsunglah dialog ini:-

Aku : Ahmad Nabil Ahmad tu memang nama dalam IC ye?
Nabil: Nama dalam IC ialah Ahmad Nabil bin Ahmad Nisfu (gelak) 

Teater MMCP mengisahkan mengenai Puteri Nang Mara yang cantik dan penuh kesaktian itu bermimpi sesuatu yang amat pelik. Setelah ditafsirkan mimpi itu merupakan petanda bahawa Raja Gergasi dari benua Pakkian akan datang membunuh Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara akan dilarikan.

Lalu Cahaya Bulan menitahkan seluruh rakyat Negeri Selindungan Bulan berjaga tujuh hari tujuh malam bagi menggagalkan rancangan Raja Gergasi.

Namun begitu Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur akibat dipukau dengan seruling sakti.

Jenazah Cahaya Bulan dihanyutkan ke sungai tetapi dijumpai oleh rakan sepermainannya sejaka kecil iaitu Epong dan Edeng. 

Epong dan Edeng merawat Cahaya Bulan dengan air mawar yang tidak semena-mena kembaki hidup dan pergi menyelamatkan Puteri Nang Mara dan membunuh Raja Gergasi.

Monday, November 21, 2011

Tentang Perkahwinan Tengku Naharuddin dengan Dalili Michelle Abdullah

5 comments
Gambar-gambar sekitar majlis resepsi Tengku Naharuddin (DeqWan) dengan Michelle Wee di Duchess Place, Ampang pada 20-11-2011.


 Duchess Place, Ampang. Asalnya sebuah banglo lama.

Hiasan di meja makan. Air mineral di dalam botol kaca yang cantik.

 
 Skrin LCD sebagai "backdrop" menggantikan tirai.
... jadi gambar di backdrop sentiasa bertukar.




Adibah dan Hans.

Team Melodi








 Tengku Nurin, kakak DeqWan
 Mr Wee, bapa Michelle

Ibu Michelle
 Raymond, abang Michelle
 Kakak Michelle
 Fedtri Yahya menjadi MC.
 Farah Fauzana dan Zubir



Video singkat menceritakan percintaan mereka.

Anak teruna Tengku Nurin.
Jaq berduet dengan Raymond.
Diana Danielle
The Frequent. Mereka ini rakan-rakab sekolah DeqWan sejak darjah 4. Khabarnya DeqWan pun anggota group ini juga.  

Iqram




Fedtri (berdiri), Iqram, Zubir dan Farah Fauzana.