Wednesday, May 30, 2012

Tentang Porsche Carerra



Membeli kereta Porsche Carrera itu satu kemaluan ye? You see, dua hari lepas ketika memarking kereta di basement pada pukul 6.40 pagi, aku ternampak sebiji Porsche yang baru tiba dan mencari parking juga. Ia bagaimanapun lenyap dan aku tak tahu di ceruk mana ia berhenti (parking). Sebelum itu, tak pernah pula aku nampak kereta Porsche berkenaan apa lagi masuk ke basement subuh-subuh macam tu. Dengan segera naluri aku terjentik nak tahu siapa pula yang membawa Porsche berkenaan. Aku terus meneka-neka siapa agaknya di kalangan kenalan yang mampu memiliki Porsche, kereta yang hanya boleh diimpikan saja kebanyakan orang, termasuk aku. Salah seorang yang terlintas di fikiran ku ialah KS. Dia kaya, anak orang kaya dan berkahwin pun dengan wanita kaya. Tetapi kereta itu juga mungkin milik orang dari syarikat lain yang beroperasi di bangunan yang sama. Beberapa minit selepas aku masuk ke pejabat, KS tiba-tiba masuk dan dengan kekaguman aku terus rumuskan memang dialah yang memandu Porsche tadi. Kalau tidak bagaimana pula dia boleh muncul di pejabat lebih kurang waktu yang sama dengan aku (aku memang selalu tiba di pejabat antara 6.30 - 6.45 pagi setiap hari). Lalu akau tanya pada KS "Was it you driving the Carrera?" Dia bagaimanapun menafikan dan sempat menjawab dia tak memandu hari itu dan isterinya yang menghantar dia ke pejabat.  Itu kisah semalam.




Bagaimanapun, subuh tadi  sudah di takdirkan aku bertembung lagi dengan Porsche Carrera itu dan memang sah KS yang memandunya. Ternyata semalam dia berbohong bila mengatakan kepada aku bukan dia. 

Tadi aku sempat bertanya kepada seorang rakan lain sama ada dia tahu mengenai kereta baru KS itu. Jawabnya dia tahu tapi bukan dari mulut KS. Dia tahu sebab seseorang yang rapat dengan KS telahpun berpeluang menaiki dan memandu uji kereta itu. Bagaimanapun, dia juga telah diminta oleh KS supaya tidak bercerita pada sesiapa. Aku juga diberitahu oleh sebab tidak mahu orang tahu, KS tidak memarking kereta di parking biasanya di basement 1 sebaliknya sanggup memarking jauh dari penglihatan orang di basement 3 yang sentiasa sunyi itu. 

Aku juga diberitahu oleh sebab tak mahu orang tahu, ada kalanya dia menggunakan khidmat valet parking di bangunan sebelah di mana kadar parking di situ ialah RM25 sehari. Khabarnya sudah beberapa bulan dia berbuat demikian.  
   
Aku tidak mahu mengaibkan KS dengan bersemuka dan bertanya kepadanya kenapa berbohong kepada aku semalam. Nanti dia termalu pula. Setiap orang ada alasan sendiri apabila mengambil tindakan seperti yang diambil oleh KS itu. Cuma mungkin akulah yang tak faham sebab aku tak pernah membeli Porsche !!!    


3 comments:

watachiwa said...

dia x mo org tumpang kete dia la tu. hahaahah

hk said...

Dia tak nak bagi saya test drive hehe

usahaone said...

Dia takut tokei durian caj dia dua tiga kali ganda lagi mahal kalau org tau dia ada porshe hehehe..mcm cerita kartun Lat tu.-Abone

Post a Comment