Aku antara percaya dan tidak yang muncul itu adalah dia yang kemudiannya melangkah masuk dan berdiri di depanku. Bagaimanapun, saspen itu hanya beberapa detik. Sebaik kami bersalaman dan aku mencium tangannya, perasaan saspen itu hilang begitu saja. Dia duduk di kusyen jingga (aku sudah dimaklumkan oleh PA nya memang dia akan duduk di situ). Aku pula menyelesakan diri di kerusi yang aku tarik rapat. Dia senyum mendengar butir buah perkataan yang aku ucapkan. Apa yang aku ucapkan padanya sebenarnya hanyalah bertujuan meredakan keadaan diriku sendiri. Sepanjang pertemuan itu dia banyak senyum sahaja mendengar beberapa komenku, antaranya, pernah melihat dia membeli juadah berbuka puasa di Jalan Raja Alang beberapa tahun lalu dan beberapa usikan lain. Betul kata orang dia memang tidak banyak cakap dan seperti pemalu walaupun hakikatnya suaranya pernah dominan dan menjadi authoriti di negara ini dan kritikan lantangnya terhadap Barat dan Yahudi memang meninggalkan bekas.
Sudah nampak susut badannya dan pergerakannya agak perlahan. Namun sepanjang perbualan, ternyata ingatan dan buah fiikirannya tetap tajam. Leka aku mendengar setiap pertanyaanku dijawab dengan penuh kebijaksanaan dan berdasarkan fakta semata-mata. Bukan retorik dan cakap kosong. Dan dia juga boleh bergurau. Ketika kami bergambar sebagai kenang-kenangan, aku berkata padanya sudah lama menunggu untuk bergambar dengannya. Balasnya, dia menunggu lagi lama, 87 tahun, barulah dapat bergambar dengan aku!. Haha. Sebelum berpisah, aku mengucup tangannya lagi dan mendoakan moga dia terus sihat wal afiat.
Pejabatnya.
7 comments:
Untungnya Pak Asan dapat jumpa empat mata dengan Tun M. Saya cemburu!
Tun M ke HK ?..wah untunglah..Saya dulu masa ramai je tu pun dari jauh. -Abone
teringt jumpa dia kat langkawi. senyum jer dia bila tgk kitaorg senyum. nak bergmbr ngan dia, ramai sgt org2 kat tepi dia...tp lepas tu rs rugiiiiiii....blh jer terjah minta izin masa tu...huhuhu
Yup. Di pejabatnya selama lebih kurang satu jam. Insya Allah satu hari nanti korang semua akan dapat bergambar dengan dia. Kalau terjumpa, redah je sebab he is very accomodating and obliging. Tu belum di kira suruh dia sign buku itu buku ini lagi. Kesian dia. Tapi dia sign je. Ever ready to do favors.
ari tu ms attend talk dia nak mintak sign buku. tp dgn keadaan org ramai yg x terkawal nak g bergambor dgn dia. x mampu nak mendekat pon. bestnya jumpe Tun tanpa gangguan
Hebat Pak Asan jumpa VVVIP! Gambar berdua takde ker? :P
wah....best sungguh pak asan nih. bertuah satu hal. sungguh akak jeles..
Post a Comment