Thursday, August 11, 2011

Tentang Ramadhan hari ke 11

Ramadhan indah yang ke 11. Ketika aku menulis ini aku memakai tiga lapis baju - kemeja, pullover dan blazer. Ya macam telur bungkus rupanya. Nak buat macamana, sejuk hingga ke tulang. Tapi itu tanda yang baik, kata someone tadi, sebab lemak dalam badan berkurangan.  

Sepanjang bulan puasa ini aku membenarkan beberapa orang rakan sekerja untuk berehat di tempat aku ketika waktu lunch. Rehat di sini maksudnya ialah tidur. Ya memang beria-ia mereka tidur. Ada yang membawa sleeping bag, ada yang memakai penutup mata dan ada yang membawa bantal kecil. Dan aku tidak perlu menunggu lama sebelum dengkuran mereka memenuhi kamarku. Hari pertama mereka tidur di sini, aku snap gambar mereka dan aku edarkan melalui email kepada beberapa rakan sepejabat, termasuk juga mereka yang tidur itu. Ada pelbagai gaya dan rupa. Sekali sekala aku suka mendajalkan orang.
Aku memilih meneruskan kerja semasa waktu lunch. Jikapun aku tidur, sekejap sudah memadai untuk aku,  

Alhamdulillah kesihatanku semakin baik. Pada minggu pertama berpuasa kali ini, antara makanan sahurku ialah pain killer dan ubat hypertension. Doktor mengesan darah aku yang katanya tinggi itu sehari sebelum Ramadhan. Dan dokor berpesan aku mesti makan ubat. Aku ke klinik itupun setelah demam dan sakit kepala berpanjangan. 

Oh ya, pada era orang tidak menghantar kad hari raya sekarang ini, aku gembira menerima sekeping kad semalam dari Perdana Leadership Foundation. Cantik kadnya. Jika nak dibandingkan dengan kad Raya syarikat aku, jauh sangat bezanya. Ada yang memberikan komen kad Raya syarikat aku langsung tak menampakkan ciri-ciri hendak menyambut Hari Raya. Tapi bak kata someone, kita janganlah suka over analyze. Kalau dah tertulis ayat Selamat Hari Raya pada kad itu, maka itulah maksudnyapun.     

Semalam juga aku menerima jemputan berbuka puasa dari Majlis Belia Malaysia yang akan berlangsung di Dewan Cempaka, Cempaka Service Suites, Menara PGRM. Di mana tu ? Kenalah aku google kalau aku jadi pergi. 

    

6 comments:

strawberi said...

menara PGRM tu..dkt ngan jusco maluri la kan..dr jauh dh nmpk..

zarul said...

get well soon bro.

plug2pin said...

moga cepat sihat

Rin Ahmad said...

amalkan minum jus peria... kalau tak tahan pahit... blend dgn epal hijau...

Cik Liza said...

jaga makan n emosi.. huhuhu yg culas ubat
(dari pemakan ubat hypertensi)

hk said...

Thanks sweet bee. Tak jauh pun PGRM tu rupanya ye.

Thanks Zarul. Harap bro juga dah recover dari
"kejutan budaya" pulang ke tanah air hehe. Dah

Thanks plug. Plug juga makan ubat ok (kalau masih tak sihat)

Thanks Rin. Peria ? Ughh. Hehe.

Thanks layd. layd juga jangan culas ye hehe

Post a Comment