Wednesday, August 15, 2012

Tentang Dah Nak Raya Ni ...

Macam ada buah hati pulak di ofis ni tak mahu tinggalkan ofis lama-lama. Setiap pertanyaan tentang cuti aku jawab aku tak perlu cuti. Cukuplah Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Semua tu kan cuti? Hari Jumaat, selepas berbuka dan solat maghrib aku akan masuk ke highway untuk menyertai kesesakan maha dahsyat untuk ke Utara (harap-harap taklah - fat chance kan ?). Sabtu akan bawa mak pergi ambik bajunya di tailor yang dah berbulan-bulan siap. Lepas tu akan monitor orang membersihkan rumah yang dah tinggal lama. Lepas tu cadangnya nak cari bahan-bahan untuk di masak sempena Hari Raya. Tapi rupanya mak dah buat rancangan sendiri. Jangan ada yang terkejut nanti bila find out lauk pauk rumah jiran sama saja dengan lauk pauk rumah aku. Sebabnya ialah tahun ni mak upah jiran masakkan lauk pauk dan rendang untuk rumah kami. Ketupat juga. Jadi tinggal lagi aku pergi mencari lemang di tepi jalan sekitar Jelapang. 

Rasanya semua akan balik sempena Hari Raya ini. Cuma abang sulung saja yang tidak kerana dia akan  terbang ke US pada hari Hari Raya pertama. Anak-anaknya dah mengeluh. 

Persiapan diri sendiri ? Masih ada samping coklat tu saja yang aku beli di SACC Mall. Tak pergi cari pun baju Melayu yang pada awalnya begitu berkobar-kobar nak beli. Ada orang tu (kenalan on line)  cadangkan aku pakai samping tu saja. Tanpa baju dan seluar?  Lawaklah kan. 

Aku tukar banyak duit note baru RM20. Orang-orang yang tahu, masing-masing ingat aku nak bagi seorang sekeping duit RM20 tu untuk anak-anak buah dan anak-anak mereka. Hmm mungkin anak-anak buah akan dapatlah seorang RM20. Tapi anak-anak korang tak lah. Aku tukar duit RM20 tu banyak-banyak sebab teruja dengan warna oren-nya. Peminat Holland lah katakan. Sudahnya nanti mungkin duit oren tu jugalah aku guna isi minyak. 


Tapi syukur Alhamdulillah pada Ramadhan kali inilah aku begitu banyak bersedekah. Aku hanya miss sekali   saja tazkirah zuhur dan itupun sebab ada meeting. Dan setiap kali tazkirah zuhur, ustaz yang datang akan membawa sekali perkhabaran tentang rumah-rumah anak yatim dan sekolah-sekolah tahfiz yang memerlukan bantuan. Syukur pada mu Illahi, laju saja tanganku menghulur. 

Pada awal Ramadhan sister aku bagi tahu ada rumah anak yatim yang penghuninya tidur tanpa bantal. Aku ikut sister aku pergi membeli 60 biji bantal kekabu dan tolong dia hantar terus ke rumah anak yatim tu. Aku minta ustaz di situ untuk menjenguk tempat anak-anak yatim tu tidur dan merah mata aku dibuatnya. Memang betul mereka tidur tidak berbantal dan berbaring saja di atas tilam. Yang sedang menonton TV pula bergelimpangan baring di atas simen yang tidak ada tikar, apa lagi permaidani. Sister aku yang menjengah asrama perempuan kata keadaannya sama juga. 

Pada minggu berikutnya aku sendiri pula ke Taman Equine untuk membeli bantal (aku Google tempat tu). Dapatlah dalam 26 biji bantal. Akak yang menjual bantal tu sibuk menyuruh aku memborong comforter dan sarung kusyen sekali dari dia kerana dia ingat aku beli bantal banyak-banyak tu untuk meniaga. 

Selepas itu aku pergi ke Tesco membeli alas lantai. Actually ia adalah rug buatan China. Kebetulan ada pula potongan harga jadi aku beli 10 semuanya.

Aku tulis ini untuk panduan bersama dan untuk membangkit semangat sesiapa saja untuk turut membantu meringankan beban mereka yang memang sangat-sangat memerlukan. Tidak ada tujuan lain.



Dah nak Raya ni. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Maaf Zahir Batin.           

1 comments:

watachiwa said...

Alhamdulillah. harap2 bantuan semjua tu di hulurkan secara berterusan bukan pada bulan Ramadhan je. Selama Hari Raya pak Asan

Post a Comment