Wednesday, May 30, 2012

Tentang Pemergian Ninda

Bila satu demi satu kematian berlaku di sekeliling kita, maka sedikit sebanyak kitapun terdetik sesuatu juga. Sejak beberapa minggu lalu, beberapa orang yang aku kenal pulang dijemput Illahi. Salah seorang ialah nindaku yang tercinta. Aku dikejutkan pukul 4 pagi dengan berita sedih itu dan selepas mandi dan mencapai apa yang patut, pukul 5 pagi aku sudah sampai di rumah abang. Memandu seorang diri sepanjang KESAS di pagi hening begitu membuatkan kepala aku mengelamun dan diselubungi kesedihan mengingat saat manis bersama nindaku ketika di Ipoh. Selain bondaku, ninda adalah segala-galanya buatku. Semasa aku kecil, dialah yang memastikan aku akan mendapat ayam bahagian peha yang juga menjadi idaman abang-abang yang lebih besar. Dialah yang menghulurkan duit RM5 atau RM10 kalau aku teringin nak makan di pekan (Ipoh). Aku teringat ketika aku sudah bekerja, aku pula memberikan dia duit dan walaupun jumlahnya tak seberapa tapi aku nampak wajahnya cukup bangga. Terlalu banyak kenangan bersamanya. Kini dia sudah tiada. Tiada lagi ninda menanggung derita dunia selepas bertahun-tahun bed ridden. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Moga bacaan Quran dan ibadah ninda yang tak tidak putus-putus dulu menerangi dan melapangkan kuburnya. Syurgalah tempatnya.

Sedihnya, ninda pergi semasa bonda berada di tanah suci kerana mengerjakan umrah. Hanya setelah jasad ninda sudah hendak diturunkan ke dalam liang lahad, barulah bonda mendapat tahu (dia meninggalkan handphonenya di bilik.)  




7 comments:

strawberi said...

takziah hk..

hk said...

Terima kasih sb.

plug2pin said...

takziah pak asan...
semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...aminn

watachiwa said...

Alfatihah. mati itu pasti. peringatan kita semua

hk said...

Thank you everyone.

usahaone said...

Salam takziah

hk said...

Thanks usahaone

Post a Comment