Thursday, July 28, 2011

Tentang Assam Laksa



Ada terdengar mengenai tinjauan (survey) oleh CNN yang meletakkan assam laksa sebagai makanan ketujuh paling sedap di dunia? Ya, kita di Malaysia inipun bukan semuanya gemarkan laksa tetapi sesungguhnya keputusan survey berkenaan meletakkan makanan itu di tempat ke tujuh memang menjadikan ia sesuatu yang istimewa dan boleh membuka mata. Mereka yang belum pernah merasainya sudah pasti ingin mencuba dan mereka yang tidak gemarkan laksa mungkin juga sekurang-kuranganya mahu membuat refleksi pengalaman sendiri memakan laksa. Aku pernah satu ketika dulu meletakkan laksa sebagai salah satu makanan kegemaran tetapi tidak lagi setelah lidah dan appetite diri ini "tercemar" oleh pelbagai makanan lain yang aku temui bila sudah menetap di KL dan ekoran sikap aku sendiri yang suka mencari dan mencuba makanan di sana dan sini. (Namun begitu perlu diakui aku bersetuju dengan komen seorang teman bernama Zarul bahawa aku tetap lelaki tipikal Melayu yang berpuas hati sekadar dengan sarapan karipap dan mihun sahaja.)

Walaupun laksa bukan lagi berada di tempat yang tinggi dalam senarai makanan kegemaran aku, masih lagi sekali sekala aku mencari-cari juga laksa bila teringin. Tetapi yang aku cari selalunya hanyalah laksa biasa yang kalau berpandukan pada papan tanda yang dipasang oleh penjualnya adalah laksa Kedah. Ada dua tempat yang aku kunjungi iaitu di tepi padang FAM tempat pasukan bola sepak Malaysia selalu berlatih di Kelana Jaya dan satu lagi di TTDI Jaya Shah Alam. 

Laksa Kedah (atau laksa Kuala Perlis dan Laksa Kuala Kangsar) sudah tentu sekali berbeza dengan assam laksa yang diangkat oleh survey CNN sebagai makanan ketujuh paling sedap itu. Assam laksa. yang setahu aku juga dikenal sebagai laksa Penang, lebih kaya dengan pelbagai bahan dan ikannya pun besar-besar dan tidak dihancurkan sepenuhnya. Ia tidaklah mudah ditemui ditepi jalan atau digerai biasa dan jika adapun, tidaklah berani pula aku mencubanya kerana dijual mereka yang bukan seagama.

Seperti yang aku katakan awal tadi, hasil kajian CNN ini akan membuka mata tetapi mungkin ia akan berhenti setakat itu sahaja. Maksud aku tidaklah kita pegang untuk dijadikan panduan makanan sedap dunia.  Ini kerana secara keseluruhannya kajian itu tidaklah meyakinkan aku jikalau ia meletakkan donut di tempat ke 10, ketchup (sos tomato) di tempat ke 39 dan potato chips di tempat ke 48. Hey, bagaimana dengan nasi lemak, nasi dagang dan nasi kandar ?  Dan kenapa karipap dan mihun tak masuk senarai ?



  

3 comments:

plug2pin said...

aku suka asam laksa..salah satu feveret...tp tak minat sgt kalau laksa biasa tu cam laksa kedah ke apa tu

Cik Liza said...

i like laksa.. but never can finish a bowl myself.. hehe.. = rice person

Anonymous said...

krn ia sedap dan berkhasiat tinggi... dan warna warni .. dan umphh.. :).

Post a Comment