Friday, July 29, 2011

Tentang Berbaju Melayu Kuning

4 comments
Pada hari Lembah Klang menjadi hirup pikuk dek kerana dibanjiri manusia berbaju kuning pada awal bulan ini, aku turut sama menjadi salah seorang yang mengenakan baju berwarna sama. Bagaimanapun, instead of mencari-cari cara melepasi sekatan polis bagi memasuki Kuala Lumpur untuk berhimpun, aku pula menuju arah bertentangan untuk menghadiri majlis kahwin seorang ahli keluarga dengan memakai baju Melayu kuning dan bukan kemeja T Bersih 2.0.  

Warna kuning itu bukanlah pilihan aku sebenarnya tetapi ini berlaku kerana bapa pengantin telah menetapkan semua ahli keluarga mesti memakai warna berkenaan bagi menandakan kami adalah AJK majlis perkahwinan ini. Kuning pilihannya kerana katanya warna biru, hijau, maroon dan perang sudah pernah kami buat ketika perkahwinan ahli keluarga lain.

Malah kain kuning itu diberikan percuma oleh bapa pengantin beberapa bulan lalu dan kami masing-masing mencari tailor untuk mengukur dan menjadikannya baju Melayu.

Lihatlah lelaki berbaju Melayu kuning berdiri di sebalik tiang yang juga kuning ini  hehe. Dia pemalu orangnya haha. 


Menurut seorang ahli keluarga lain yang juga memakai baju kuning pada hari berkenaan, dalam perjalanan ke dewan tempat majlis berlangsung dia telah diekori oleh polis dari sebuah simpang. Katanya polis itu hanya menukar arah setelah terlihat bunga manggar di luar dewan. Wah sikit punya follow ke hehehe.      

Thursday, July 28, 2011

Tentang Assam Laksa

3 comments


Ada terdengar mengenai tinjauan (survey) oleh CNN yang meletakkan assam laksa sebagai makanan ketujuh paling sedap di dunia? Ya, kita di Malaysia inipun bukan semuanya gemarkan laksa tetapi sesungguhnya keputusan survey berkenaan meletakkan makanan itu di tempat ke tujuh memang menjadikan ia sesuatu yang istimewa dan boleh membuka mata. Mereka yang belum pernah merasainya sudah pasti ingin mencuba dan mereka yang tidak gemarkan laksa mungkin juga sekurang-kuranganya mahu membuat refleksi pengalaman sendiri memakan laksa. Aku pernah satu ketika dulu meletakkan laksa sebagai salah satu makanan kegemaran tetapi tidak lagi setelah lidah dan appetite diri ini "tercemar" oleh pelbagai makanan lain yang aku temui bila sudah menetap di KL dan ekoran sikap aku sendiri yang suka mencari dan mencuba makanan di sana dan sini. (Namun begitu perlu diakui aku bersetuju dengan komen seorang teman bernama Zarul bahawa aku tetap lelaki tipikal Melayu yang berpuas hati sekadar dengan sarapan karipap dan mihun sahaja.)

Walaupun laksa bukan lagi berada di tempat yang tinggi dalam senarai makanan kegemaran aku, masih lagi sekali sekala aku mencari-cari juga laksa bila teringin. Tetapi yang aku cari selalunya hanyalah laksa biasa yang kalau berpandukan pada papan tanda yang dipasang oleh penjualnya adalah laksa Kedah. Ada dua tempat yang aku kunjungi iaitu di tepi padang FAM tempat pasukan bola sepak Malaysia selalu berlatih di Kelana Jaya dan satu lagi di TTDI Jaya Shah Alam. 

Laksa Kedah (atau laksa Kuala Perlis dan Laksa Kuala Kangsar) sudah tentu sekali berbeza dengan assam laksa yang diangkat oleh survey CNN sebagai makanan ketujuh paling sedap itu. Assam laksa. yang setahu aku juga dikenal sebagai laksa Penang, lebih kaya dengan pelbagai bahan dan ikannya pun besar-besar dan tidak dihancurkan sepenuhnya. Ia tidaklah mudah ditemui ditepi jalan atau digerai biasa dan jika adapun, tidaklah berani pula aku mencubanya kerana dijual mereka yang bukan seagama.

Seperti yang aku katakan awal tadi, hasil kajian CNN ini akan membuka mata tetapi mungkin ia akan berhenti setakat itu sahaja. Maksud aku tidaklah kita pegang untuk dijadikan panduan makanan sedap dunia.  Ini kerana secara keseluruhannya kajian itu tidaklah meyakinkan aku jikalau ia meletakkan donut di tempat ke 10, ketchup (sos tomato) di tempat ke 39 dan potato chips di tempat ke 48. Hey, bagaimana dengan nasi lemak, nasi dagang dan nasi kandar ?  Dan kenapa karipap dan mihun tak masuk senarai ?



  

Wednesday, July 27, 2011

Tentang Mencari Pembantu

0 comments
Hari ini tadi sekumpulan pelajar UITM datang melawat. Betullah laporan yang aku baca sekarang ni ramai pelajar perempuan dari lelaki. Tadi cuma ada 4 atau 5 orang saja pelajar lelaki dikalangan mereka yang jumlahnya aku agak ada dalam 30 orang kesemuanya. 

Kalau dulu, apabila ada pelajar datang melawat akulah yang akan memberi taklimat tetapi sekarang aku lihat sajalah dari jauh. Sekarang kerja menimbun dan masa yang ada seperti tidak cukup. Sakit pening pun tetap kerja - kalau boleh aku mahu mengambil cuti sehari untuk ke Jabatan Pendaftaran mengambil kad pengenalan yang baru siap (kad ganti sebab tercicir). Tapi aku memang tak boleh meninggalkan pejabat buat masa ini. Ini berlaku sejak pembantu aku berhenti. Tadi aku khabarkan keadaan aku pada HR Manager. Dia senyum saja. Ye lah mentang-mentang aku tak bising-bising bolehlah dia jawab keluh kesah aku sekadar dengan senyum saja. 

Actually, pembantu aku sudahpun ada dan kini hanya menanti saat untuk disatukan sahaja dengan aku. Motif guna perkataan "disatukan"? Haha. Saja gatal.

Kata HR Manager apa yang melewatkan kemasukannya ialah jabatan di mana dia bekerja sekarang perlu mencari dulu pengganti untuk dia. Dia ini sebenarnya sudah lama memohon menyertai team aku. Ketika tempat ini kosong buat kali pertama dulu, dia salah seorang yang memohon tetapi aku ambil orang lain. Sekarang, bila tempat ini kosong semula dia, menurut kata HR Manager aku,  telah cepat-cepat memohon. Dan kali ini aku terima dia. Dah jodoh. Haha.


Wednesday, July 13, 2011

Tentang nenek

0 comments
Serba salah.

Mak ngah aku yang memulakan dan dialah yang terlebih dahulu merasa serba salah diikuti kami adik beradik dan sepupu-sepupu. Kisahnya, mak ngah mahu merujukkan nenek yang terlantar sakit tua kepada ustaz-ustaz untuk melihat sama ada wujud unsur lain menyebabkan dia terus bernafas - walaupun badannya sudah ibarat hanya tinggal kulit sahaja sekarang ini. Mak ngah mahu melihat sama ada wujud saka yang enggan melepaskan nenek pergi. Bagaimanapun ini perlu dibuat tanpa ada sekelumitpun hasrat mahu menyingkatkan umur nenek. Siapa tidak sayangkan nenek yang ketika sihatnya adalah tunjang kekuatan keluarga ini dan oleh itu memang tiada siapa mahu melepaskan dia pergi.

Apa yang mendorong tindakan mak ngah ialah rasa tidak sanggup melihat nenek tersiksa terlantar tanpa sedar apa-apa lagi. Kata mak ngah, rakan-rakan yang sama belajar ilmu perubatan Islam dengannya di Masjid Negeri juga berkongsi pendapat bahawa perlu rujuk nenek  kepada ustaz-ustaz yang mahir dalam hal seperti ini.

Tambahan pula sebelah nenek dari keluarga raja Brunei dan oleh itu mungkin ada penjaganya. Memang kami biasa mendengar pelbagai cerita aneh sejak kecik mengenai kunjungan dan jelmaan benda tertentu yang kata orang-orang tua (datok dan nenek saudara) didatangkan (menjelma) dari Brunei atas sebab tertentu. Wallhualam.
Bagaimanapun, untuk melihat sama ada benar wujud unsur saka,  persetujuan semua mesti diperolehi. Cuma mak ngah bimbang abang aku yang sulung tidak bersetuju. Memang aku pernah rujukkan hal ini pada abangku selepas kami solat maghrib pada satu hari dan jawabnya kalau sudah Tuhan mahu memanjangkan umur nenek kita kena terima saja seadanya.
Oleh itu aku agak terkejut apabila mendapat tahu abangku itu sendiri yang telah membawa seorang ustaz datang ke rumah untuk melihat-lihat nenek.  

Diceritakan pada aku, ustaz berkenaan telah melaungkan azan dan membacakan ayat-ayat suci. Kemudian dia bertanya tentang sebarang senjata tajam diperbuat dari besi yang mungkin ada dsimpan oleh kami. Memangpun nenek ada menyimpan senjata yang dibawa keluarganya dari Brunei. Bersama senjata itu ada macam-macam lagi perkakasan logam yang di bawa sama. Ustaz mengajar bagaimana cara "mematikan" senjata itu supaya ia tidak menjadi tempat tinggal saka. 
Dan seperti yang disuruh oleh ustaz itu juga kami kemudiannya membuangnya ke sungai yang mengalir ke laut.
Kami berserah dan bermohon pada Allah Ta'ala supaya memberikan yang terbaik dan tindak tanduk kami berada di jalannya sentiasa. Biar apa sekalipun, kami tetap menjaga nenek dengan penuh kasih sayang.