Friday, December 30, 2011

Goodbye 2011

0 comments


To be honest to my self, 2011 will just be another year.  On 1st January 2012 at my favouritre teh tarik watering hole Restoran Al Ali (tom yam sini best), I will look back at 2011 as an empty year. I mean, another empty year. Sad huh ?

2011 wasn’t a year where targets were met and self interests were made paramount (who is to be blamed here but yours truly) or success were recorded. None of these took the front seat in 2011. 

Problems were aplenty. Those problems that plagued me in 2010 are still very much present going into 2012.

Tapi tak mengapalah kan ? Yang penting kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan kesempatan untuk membetulkan mana-mana kesilapan dan bersyukur kerana diberikan kesabaran dan kekuatan minda dan emosi.

For everyone - who ever reading this small note - hope you enjoy your year end break and let's  look forward to working for a better, safer, more rezeki and better economy in 2012.

Monday, December 19, 2011

Tentang Mek Mulung Cahaya Bulan

0 comments
Pagi semalam berkejar ke auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mencari tiket Mek Mulung Cahaya Bulan (MMCB). Tiket yang dicari ialah untuk persembahan malamnya dan jika terlepas, gigit jarilah aku sebab ia merupakan persembahan terakhir. 

Nasib baik tiket masih ada. Mungkin juga ada kerana aku tiba awal dan orang lain belum keluar mendapatkan baki-baki tiket yang masih tertinggal.

Dari reviu yang aku baca sambutan amat menggalakkan dan itulah juga yang mambuat aku mengambil keputusan pergi menonton.

MMCB ialah teater ketiga aku tonton tahun ini selepas The Secret Life of Nora dan Badai Semalam. 


Poster


Nabil dan Razali Hussain.
(gambar di atas bukan dari persembahan malam tadi)


MMCB menampilkan Razali Hussain sebagai Raja Negeri Selindungan Bulan yang bernama Cahaya Bulan dan Ahmad Nabil Ahmad sebagai Awang Pengasuh. 

Pelakon-pelakon lain kebanyakannya adalah terdiri dari Grup Teater Petronas termasuk Haslinda Ali yang memegang watak sebagai Puteri Nang Mara.

Seperti teater Mek Mulung lain, teater ini bermula dengan nyanyian, tarian dan mainan alat muzik tradisi. Memang memukau.   


Puteri Nang Mara
(ini juga bukan foto malam tadi)

Tetapi selepas itu tahu tak ia sarat dengan jenaka pecah perut dengan dialog  menggunakan slanga bahasa terkini.

Memang Nabil dengan jenaka spontan yang mungkin tidak ikut skrip itu menjadi ketua kepada lawak jenaka ini. Namun begitu aku ucapkan tahniah kepada pelakon-pelakon lain dari Grup Teater Petronas yang turut sama "naik syeikh" menggegarkan auditorium dengan dialog dan lakonan lucu mereka. 

Oh ya, sebelum show aku bertembung dengan Nabil yang ditemani isterinya ditangga menuju ke auditorium. Dia sedang bercakap dengan seseorang yang aku agak  mungkin pegawai dari Grup Teater Petronas. Dari perbualan mereka aku merumuskan pegawai itu mahaukan Nabil menyebut tag lineya "lu fikirlah sendiri" untuk persembahan final malam itu. Kemudian entah untuk tujuan apa aku terdengar pula Nabil memberitahu nama penuhnya kepada seorang yang lain. Ketika itulah aku senyum pada Nabil dan menegurnya dan berlangsunglah dialog ini:-

Aku : Ahmad Nabil Ahmad tu memang nama dalam IC ye?
Nabil: Nama dalam IC ialah Ahmad Nabil bin Ahmad Nisfu (gelak) 

Teater MMCP mengisahkan mengenai Puteri Nang Mara yang cantik dan penuh kesaktian itu bermimpi sesuatu yang amat pelik. Setelah ditafsirkan mimpi itu merupakan petanda bahawa Raja Gergasi dari benua Pakkian akan datang membunuh Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara akan dilarikan.

Lalu Cahaya Bulan menitahkan seluruh rakyat Negeri Selindungan Bulan berjaga tujuh hari tujuh malam bagi menggagalkan rancangan Raja Gergasi.

Namun begitu Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur akibat dipukau dengan seruling sakti.

Jenazah Cahaya Bulan dihanyutkan ke sungai tetapi dijumpai oleh rakan sepermainannya sejaka kecil iaitu Epong dan Edeng. 

Epong dan Edeng merawat Cahaya Bulan dengan air mawar yang tidak semena-mena kembaki hidup dan pergi menyelamatkan Puteri Nang Mara dan membunuh Raja Gergasi.

Monday, November 21, 2011

Tentang Perkahwinan Tengku Naharuddin dengan Dalili Michelle Abdullah

5 comments
Gambar-gambar sekitar majlis resepsi Tengku Naharuddin (DeqWan) dengan Michelle Wee di Duchess Place, Ampang pada 20-11-2011.


 Duchess Place, Ampang. Asalnya sebuah banglo lama.

Hiasan di meja makan. Air mineral di dalam botol kaca yang cantik.

 
 Skrin LCD sebagai "backdrop" menggantikan tirai.
... jadi gambar di backdrop sentiasa bertukar.




Adibah dan Hans.

Team Melodi








 Tengku Nurin, kakak DeqWan
 Mr Wee, bapa Michelle

Ibu Michelle
 Raymond, abang Michelle
 Kakak Michelle
 Fedtri Yahya menjadi MC.
 Farah Fauzana dan Zubir



Video singkat menceritakan percintaan mereka.

Anak teruna Tengku Nurin.
Jaq berduet dengan Raymond.
Diana Danielle
The Frequent. Mereka ini rakan-rakab sekolah DeqWan sejak darjah 4. Khabarnya DeqWan pun anggota group ini juga.  

Iqram




Fedtri (berdiri), Iqram, Zubir dan Farah Fauzana.



















Tuesday, November 8, 2011

~

2 comments
Fuh bersawang. Nantilah.Agak kesibukan dengan macam-macam dan tak menang tangan. Tapi bukanlah *sibuk* macam Khairul Fahmy ok.

Monday, October 10, 2011

Tentang Petang Hari Minggu

6 comments
Oleh kerana Empire belum dibuka selepas berlaku letupan baru-baru ini, maka destinasi lepak semalam  ditukar ke Midvalley. Tetapi setelah gagal menemui parking kerana terlalu ramai orang datang mahu melihat pameran coklat di situ, destinasi bertukar lagi ke One Utama. Aku pun tak tahu ada pameran coklat di situ sebenarnya.

Penuh !

Memang kereta melimpah sampai ke luar dan pengunjung sudahnya meninggalkan saja kereta mereka ditepi jalan di belah luar. Tapi lainlah kalau anda memandu kereta seperti dalam foto di bawah ini kan ... bolehlah tinggalkan di luar Gardens Hotel tu saja.

Siapalah pemiliknya?

Jadi sudahnya menuju ke One Utama melalui Bangsar. Dan untuk ke sana juga kereta tetap banyak.

Banyaknya kereta...

Nasib baik lepak sesama sendiri saja semalam jadi tak banyak karenah hendak menukar tempat.  Jika membabitkan gang yang satu itu, harus ada yang merungut atau terus tidak menunjukkan muka. Di One Utama juga susah mencari ruang parking. Pengawal mengarahkan kami ke bangunan sebelah yang mana terdapatnya RHB Bank. Tapi dari situ rupanya kena naik ke level 2 baru boleh ketemu link ke One Utama. 

Sebelum itu pandai-pandai saja aku keluar di Ground Floor dan sudahnya tercari-cari akses ke One Utama. Satu pasangan uncle dan aunty Cina mengikut saja aku dan oleh itu sesat sama. Ini memberikan dia cukup masa untuk menyoal; latar belakang aku ... kerja apa dll. Kemudian sempat pula dia bertanya mengenai ekonomi dan memaksa aku mendengar pula ramalannya mengenai harga komoditi. 


    

Sunday, October 9, 2011

Tentang Beriadah di Hujung Minggu

4 comments
Tidur pukul 2 dan jam 6 sudah bangun. Pukul 7 sudah keluar berjogging. Sebelum itu lalu di satu tapak pembinaan tak jauh dari rumah. Rupanya sebuah gelanggang futsal sedang di bina. Agaknya ini antara 150 gelanggang futsal yang diumum oleh Dato Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2012 yang akan dibina di seluruh negara. 

Seperti biasa sebelum mula berjogging kena berjalan dulu sejauh 1 km untuk memanaskan badan. Sudah biasa begitu. Jika tidak, bila terus berlari macam berat rasanya kaki. Di hadapan ada seorang perempuan sedang berjalan. T shirt warna hijau pucuk pisang melekap ke tubuhnya dan tights hitam yang dipakai menampakkan bentuk bahagian bawah tubuhnya. Kulitnya putih kemerahan disimbah sinar matahari pagi. Lelaki manakah yang tak terpesona dan tak ingin mencuri pandang? Tetapi aku yang berjalan dibelakangnya memang tidak perlu mencuri pandang pun. Sudah terhidang. Dan aku terpaksa berjalan di belakangnya sejauh 1 km sebelum aku mula berlari? Hendak ku cepatkan langkah, dia juga laju. Aku tidak boleh lama-lama berada di belakang dia atau jika tidak fikiranku akan sampai ke planet ke 10. Selepas beberapa ketika, aku mengambil keputusan untuk berlari.

Beberapa pengayuh mountain bike dan road bike memotong aku. Sempat menjengah difikiran haruskah aku kembali membeli basikal untuk beriadah. Sejak kebelakangan aku rasa agak tertarik mahu mengajak kawan lamaku Azharul menyertai Jamboree Mountain Bike yang kerap dianjurkan di sana sini. 

Lari, lari dan lari.

Dari jauh aku nampak seorang pemuda sedang memanah sendirian. Archery satu sukan yang tidak pernah aku cuba dan aku tidak tahu sama ada tangan aku cukup kuat untuk itu dan adakah aku boleh memberi fokus 100 peratus sebelum anak panah dilepaskan. Sukan yang memerlukan tumpuan seperti boling dan dart bukan kekuatan aku.

Aku kemudian berhenti rehat di tepi padang bola melihat kanak-kanak yang sedang hendak memulakan latihan bola dalam satu klinik bolasepak yang dianjurkan oleh persatuan penduduk. Wah, ada yang umur baru 14 tahun agaknya tapi sudah mampu memakai boot yang digunakan Lionel Messi. Aku kenal boot itu kerana pernah memegangnya di Al Ikhsan. Dan aku juga melihat bagaimana ibu bapa menanam minat anak-anak sejak kecil lagi untuk menjadi penyokong satu-satu pasukan. Bayangkan budak baru berumur 7 tahun sudah memakai jersey dan seluar Liverpool. Apa yang budak berumur sebegitu tahu tentang sejarah kejayaan silam Liverpool kerana kelab bolasepak ini sudah lama tidak mengecap kejayaan dalam liga bolasepak di England.   

Lainlah kalau memakai jersey Manchetser United. Sekian

Friday, October 7, 2011

Tentang Hari Belanjawan

0 comments
Nampaknya mulai kali ini perkataan "Belanjawan" kembali digunakan setelah tahun sebelumnya ia dipanggil sebagai "Bajet."

Teringat suasana di tempat kerja lama aku dulu pada hari pembentangan Belanjawan. Keterujaan sudah bermula sejak pagi dan membawa ke tengah malam. Sejak pagi di white board sudah tertulis senarai tugas masing-masing. Pembentangan bermula jam 4 petang tetapi jam 2 atau 3 petang polis sudah tiba di pejabat mengiringi laporan belanjawan yang hanya akan dibacakan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat dua jam lagi. Boss kami menerima laporan itu dan lalu masuk ke bilik mesyuarat dengan boss-boss lain dengan kawalan ketat. Semuanya rahsia besar dan negara serta dunia akan hanya mengetahuinya mulai jam 4 ptg.

Laporan Belanjawan berkenaan dipisah-pisahkan mengikut topik dan kemudian diserahkan kepada kuli-kuli seperti kami yang sememangnya juga sangat teruja dan sudah sedia duduk di depan PC. Bahagian untuk aku (dan rakan-rakan dari seksyen yang sama) sudah semestinya yang berkaitan sektor kewangan dan pasaran modal. Selepas menerimanya melilaulah biji mata membaca mencari points yang harus diketengahkan untuk pengetahuan rakyat dan negara. 

Sesudah siap, ia akan disemak dan sudah pastinya dikepala hasil kerja kami itu akan tertulis besar perkataan EMBARGO, NOT FOR PUBLICATION UNTIL 4.00 PM. 

Kami bekerja sehingga lewat malam walaupun Menteri Kewangan mungkin sudahpun masuk tidur. Makan malam kami hanyalah apa sahaja yang sempat dan jika bernasib baik ofis memesan makanan segera seperti KFC.

Pekerja di bahagian grafik pula ada yang tidur di dalam kereta, tak berani hendak balik takut ada grafik yang  tersalah atau takut tiba-tiba dipanggil kerana perlu membuat grafik tambahan.

Tadi seorang rakan yang masih bekerja di situ bercerita keadaan masih sama di mana staff yang bertugas akan dikuarantin dan kini ada pula satu dua tambahan kawalan seperti handphone masing-masing mesti diserahkan atau dimatikan.      

Begitulah serba sedikit gambaran tugas dan tanggungjawab kami yang bekerja di belakang tabir.


Thursday, October 6, 2011

Tentang Bayaran Untuk Cenderahati

4 comments
Aghhh.

Aku order gift dari sebuah syarikat melalui telefon buat seseorang yang baru mendapat cahaya mata. Kerana sibuk, aku tidak segera menguruskan bayaran, apa lagi pula orang-orang di syarikat gift itu sudah biasa dengan aku jadi aku fikir tidaklah perlu membayar segera.

Beberapa hari kemudian, apabila aku diingatkan oleh mereka bahawa bayaran belum dibuat, aku segera menyuruh mereka datang mengambil wang.

Selang dua hari, aku dikunjungi seseorang yang mengakui datang untuk memgambil wang bagi pihak syraikat gift itu dan akupun tanpa banyak soal menghulurkan duit.

Tetapi tadi aku dihubungi oleh bahagian akaun syarikat itu untuk bertanya bila mereka boleh datang untuk mengambil bayaran?

Aghhh.

Habis tu siapa pula yang datang mengambil wang dari aku hari tu? Ketika dia datang hari tu katanya dia dari syarikat yang sama.

Pening.      

Monday, October 3, 2011

Tentang Annual Dinner

7 comments
Baru-baru ini syarikat tempat aku bekerja mengadakan Annual Dinner. Tema yang dipilih ialah Through The Years.

Email dari penganjur menjelaskan tema ini menjelaskan mengenai perjalanan syarikat menempuhi masa dan ranjau duri yang dilalui bersama. Penganjur meminta kakitangan datang berpakaian ala-ala gaya 70an, 80an, 90an atau kontemporari.

Selalunya aku bukanlah orangnya yang rajin hendak menyahut saranan berpakaian mengikut tema tapi kali ini aku cuba juga. Bila orang tanya apa yang aku pakai aku jawab yuppy in the 90s. Kalau sudah terlupa, yuppy adalah panggilan untuk young city or suburban resident with a well-paid professional job and an affluent lifestyle. Haha taklah menggambarkan diriku pun sebenarnya jadi jangan terpedaya. Aku mengenakan baju slim fit dengan lengan yang lengkap dipasang cufflink dan baseball cap New York Yankee ala-ala mamat yang baru keluar dai London tube kononnya.

Namun begitu, aku kagum dengan beberapa kakitangan yang rajin dan beria-ia mengikut tema. Ada yang sanggup ke kedai sewaan fancy costume dan menyewa rambut afro dan baju berwarna warna zaman hippies.   
Groovy baby ... antara mereka yang sporting dan berani.

Ada juga yang berpakaian seperti ahli muzik dari Gun N Roses dan Bruno Mars.

Di singkatkan cerita, sudahnya aku pergi hanya untuk makan sahaja dan menikmati suasana yang diselang selikan lagu-lagu 70an, 80an, 90an dan kontemporari kerana aku masih tidak bernasib baik semasa lucky draw. Terlepaslah ipad, ipod, imac semua. 


Majlis diserikan dengan nyanyian oleh penyanyi cantik dan tinggi lampai Sufiah Noor, bekas finalis Malaysian Idol.








  

Friday, September 30, 2011

Tentang Harga dan Nilai Intellectual Property

6 comments
Oleh sebab “sudah tiada”  tempat berceloteh kerana “masalah” dihadapi satu on line forum tempat aku selalu melepak itu, maka di sinilah sahaja nampaknya aku meneruskan curahan rasa.

Semalam sambil duduk menghadap nasi goreng ikan masin dan telur goreng di sebuah gerai untuk makan tengah hari, sempat aku berbalas SMS dengan Puan Admin forum itu. Dari SMS itu aku faham rasa hatinya dan jika sudah itu keputusannya aku redha dalam sedih.


Aku sendiripun sejak kebelakangan sudah tidak selalu ke forum itu kerana urusan tugas dan menangani beberapa hal peribadi.

Minggu lalu aku memang tidak menang tangan menyiapkan kerja terjemahan untuk sebuah bank dan minggu depan pula mungkin akan duduk bersama seseorang yang mahu berbincang mengenai kemungkinan mengadakan satu projek penerbitan dokumentari.

Untuk yang belum tahu, kerja-kerja di atas itu hanya aku lakukan secara part time kerana aku mempunyai kerja sepenuh masa 9 – 5 yang lain.

Untungnya mempunyai kerja part time seperti itu ialah tidaklah hilang skill tak seberapa yang aku ada di bidang content development ini dan seronoknya pula dapatlah ganjaran upah walaupun tidak sebesar mana.

Di negara ini orang belum tahu menghargai intellectual property, creations of minds dan yang sepertinya ... maka ciput sahajalah bayarannya.

Ini membawa aku teringat pada seorang rakan bernama Zul. Dia seorang ahli ekonomi muda lulusan Cambridge yang aku bukakan pintu untuknya menulis di sebuah majalah bisnes. Aku juga pernah menulis di majalah itu. Setelah dua tiga kali menulis dia berhenti kerana katanya artikel yang sama jika dihantar ke majalah ekonomi di UK akan dibayar ribuan ringgit tetapi di sini hanya RM200 atau RM300 sahaja. Maka dengan itu diapun berhenti menulis.

Tetapi lain pula dengan aku. Selain hanya untuk mengisi masa lapang, bermain dengan ayat dan memilih ungkapan kata merupakan passion yang mesti aku lakukan untuk mengisi jiwa. Wah .. macam bagus benar bunyinya padahal tulisan aku adalah hampas belaka hehe. Ye, siapalah yang berminat dengan tulisan-tulisan yang diisi dengan angka dan statistik ekonomi dan dunia perniagaan yang sengaja disedapkan dengan pelbagai forward looking statements.

By the way do you all know what forward looking statements are ? Apabila membaca laporan ekonomi dan dunia pernigaan mungkin korang pernah berjumpa perkataan-perkataan seperti ramalan, jangkaan, sasaran,  anggaran, merancang, matlamat, percaya, akan, harus, boleh, berpotensi, berhasrat atau perkataan lain yang mempunyai ekspresi yang sama … inilah dia forward looking statements.

 

Sebenarnya perkataan-perkataan seperti ini juga boleh digunakan ke atas kita sendiri iaitu berkaitan tindak-tanduk kita merancang kehidupan dan mencari jalan terbaik menuju apa yang disasarkan.

 

Berbalik kepada aku dan kerja part time ku, berbanding dengan Zul, aku biasanya tak pernah meletakkan harga atas kerjaku. Berapa orang bagi aku terima saja. Inipun satu kesalahan juga sebenarnya kerana jika aku hendak memperjuangkan harga untuk intellectual property, sudah tentu orang seperti akulah who has to set the priceHmm ... hari ini buat skrip lawak untuk Nabil adalah lebih tinggi bayarannya, agaknya. 

 

Tulisan ini semakin kehilangan fokus dan hala tuju dan sebelum aku melalut baik aku berhenti, lagipun kawan-kawan lain sudah pula menuju ke masjid untuk  solat Jumaat.