Monday, August 27, 2012

Tentang nak makan juga

5 comments

Sebab itulah puasa di bulan Ramadhan itu satu ibadah. Kita mematuhinya sebab ia satu ibadah. Tapi bila dah habis, tabiat makan dan nak mencari makan datang menampar-nampar nafsu… wah bahasa.

Tapi itulah yang berlaku pada aku. Aku telah kembali bekerja pada hari raya ke-4 lagi. Tak ambik cutipun. 
Oleh sebab aku tahu seawal itu tak akan ada satu pun gerai nasi lemak atau kuih muih dibuka di tepi  jalan, maka aku terus memandu ke Restoran Pelita, Jalan Ampang. Tapau roti canai dengan kuah kari dibanjirkan ke atasnya. Fuuuh. Settle untuk breakfast.

Waktu tengah hari aku sebenarnya  bukanlah lapar sangat macam ayam seminggu tak jumpa beras padi  tapi keinginan untuk makan tetap juga datang. Maka setelah membuat sedikit pemeriksaan dan bertanya kawan-kawan, aku dapati tak ada satu kedaipun di kawasan pejabat aku itu sudah dibuka. Ye lah kan, baru empat hari beraya je pun. Kakak-kakak yang jual nasi campur semua tu masih seronok beraya di kampong laman masing-masing.

Aku berjalan kaki ke satu kawasan tak jauh dari pejabat dan ada ke patut (pada muka aku lah), pintu nak masuk ke food court tu siap dimanggakan.  Bak kata lagu Yuna, “seolah memerli aku” (wey, orang beraya lagilah !)

Tetapi nafsu ini tidak dapat dijinakkan. Aku balik ke pejabat dan membuat panggilan ke sebuah hotel. Hahaha. “Errr selain buffet lunch, you all ada buat ala carte tak. Ye lah ni kan time Raya. Takut cook cuti,” aku call dan tanya tanpa segan. Kalau aku ambik buffet lunch di hotel tu, mahal sangat pulak dan tak berbaloi.

Maka aku pun berjalanlah ke hotel berkenaan dan memilih meja di sebelah tepi. Kosong saja sebab orang semua belum balik ke KL lagi. Seorang waitress Melayu berbaju kebaya menghulurkan menu. Aku kena tekankan waitress ini memang Melayu sebab waitress yang lain walaupun berbaju kurung Kedah, adalah Myanmar.  

Aku memesan mi goreng mamak saja. What ? Pergi hotel besar dan sudahnya order mi goring mamak je haha. Tadi kata bernafsu sangat nak juga makan. Nafsu low kelas la ni haha. Air pula order sky juice saja wakaka.

Bila bil datang aku bayar pejam mata saja walaupun hati berkata apa aku tengah buat ni ? Kesemuanya  RM32.50 untuk sepinggan mi goreng mamak dan ais kosong. Mahal dah tak kira. Nak makan la sangat kan ???? 

Wednesday, August 15, 2012

Tentang Dah Nak Raya Ni ...

1 comments
Macam ada buah hati pulak di ofis ni tak mahu tinggalkan ofis lama-lama. Setiap pertanyaan tentang cuti aku jawab aku tak perlu cuti. Cukuplah Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Semua tu kan cuti? Hari Jumaat, selepas berbuka dan solat maghrib aku akan masuk ke highway untuk menyertai kesesakan maha dahsyat untuk ke Utara (harap-harap taklah - fat chance kan ?). Sabtu akan bawa mak pergi ambik bajunya di tailor yang dah berbulan-bulan siap. Lepas tu akan monitor orang membersihkan rumah yang dah tinggal lama. Lepas tu cadangnya nak cari bahan-bahan untuk di masak sempena Hari Raya. Tapi rupanya mak dah buat rancangan sendiri. Jangan ada yang terkejut nanti bila find out lauk pauk rumah jiran sama saja dengan lauk pauk rumah aku. Sebabnya ialah tahun ni mak upah jiran masakkan lauk pauk dan rendang untuk rumah kami. Ketupat juga. Jadi tinggal lagi aku pergi mencari lemang di tepi jalan sekitar Jelapang. 

Rasanya semua akan balik sempena Hari Raya ini. Cuma abang sulung saja yang tidak kerana dia akan  terbang ke US pada hari Hari Raya pertama. Anak-anaknya dah mengeluh. 

Persiapan diri sendiri ? Masih ada samping coklat tu saja yang aku beli di SACC Mall. Tak pergi cari pun baju Melayu yang pada awalnya begitu berkobar-kobar nak beli. Ada orang tu (kenalan on line)  cadangkan aku pakai samping tu saja. Tanpa baju dan seluar?  Lawaklah kan. 

Aku tukar banyak duit note baru RM20. Orang-orang yang tahu, masing-masing ingat aku nak bagi seorang sekeping duit RM20 tu untuk anak-anak buah dan anak-anak mereka. Hmm mungkin anak-anak buah akan dapatlah seorang RM20. Tapi anak-anak korang tak lah. Aku tukar duit RM20 tu banyak-banyak sebab teruja dengan warna oren-nya. Peminat Holland lah katakan. Sudahnya nanti mungkin duit oren tu jugalah aku guna isi minyak. 


Tapi syukur Alhamdulillah pada Ramadhan kali inilah aku begitu banyak bersedekah. Aku hanya miss sekali   saja tazkirah zuhur dan itupun sebab ada meeting. Dan setiap kali tazkirah zuhur, ustaz yang datang akan membawa sekali perkhabaran tentang rumah-rumah anak yatim dan sekolah-sekolah tahfiz yang memerlukan bantuan. Syukur pada mu Illahi, laju saja tanganku menghulur. 

Pada awal Ramadhan sister aku bagi tahu ada rumah anak yatim yang penghuninya tidur tanpa bantal. Aku ikut sister aku pergi membeli 60 biji bantal kekabu dan tolong dia hantar terus ke rumah anak yatim tu. Aku minta ustaz di situ untuk menjenguk tempat anak-anak yatim tu tidur dan merah mata aku dibuatnya. Memang betul mereka tidur tidak berbantal dan berbaring saja di atas tilam. Yang sedang menonton TV pula bergelimpangan baring di atas simen yang tidak ada tikar, apa lagi permaidani. Sister aku yang menjengah asrama perempuan kata keadaannya sama juga. 

Pada minggu berikutnya aku sendiri pula ke Taman Equine untuk membeli bantal (aku Google tempat tu). Dapatlah dalam 26 biji bantal. Akak yang menjual bantal tu sibuk menyuruh aku memborong comforter dan sarung kusyen sekali dari dia kerana dia ingat aku beli bantal banyak-banyak tu untuk meniaga. 

Selepas itu aku pergi ke Tesco membeli alas lantai. Actually ia adalah rug buatan China. Kebetulan ada pula potongan harga jadi aku beli 10 semuanya.

Aku tulis ini untuk panduan bersama dan untuk membangkit semangat sesiapa saja untuk turut membantu meringankan beban mereka yang memang sangat-sangat memerlukan. Tidak ada tujuan lain.



Dah nak Raya ni. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Maaf Zahir Batin.           

Thursday, August 2, 2012

Tentang Nak Raya

3 comments
Dah dekat nak Raya ni kan tetiba teringat beberapa peristiwa yang berkaitan dengan hari baik dan bulan baik ni. Ini asalnya posting aku di www.interaksigosip.com

Ada sekali tu mak suruh aku hidupkan api sebab kalau nak Raya, mak prefer masak luar rumah macam ala-ala nak kenduri. Best. So aku hidupkan api dekat dengan pintu belakang rumah. Aku simbah petrol dan api naik menjulang nak terbakar pintu rumah. Menjerit-jerit mak. Malu siot. Kena marah depan kakak-kakak ipar dan anak buah. Dengan perlahan aku hilangkan diri ke depan, ambil kunci kereta dan pergi ke pekan. Kalau tak salah masa tu aku lepak di Masjid Negeri dan rasa tak nak balik rumah dah. Merajuk konon hahaha

Ada sekali tu pulak kat Ipoh juga la. Nak Raya dan seperti biasa kami masak macam nak kenduri kat  belakang rumah. Tapi oleh sebab cuaca tak elok, kami masak bawah tempat berbumbung kat area belakang rumah tu. Masa tu tengah masak rendang Perak dalam kuali besar macam kawah. Ala...  rendang yang daging potong kecik-kecik dan taruh kelapa parut, taruh daun kunyit hiris tu.

Sedang aku dan anak buah aku bergilir-gilir mengacau rendang tu, tetiba ada lipas jatuh dari bumbung dan terus masuk dalam kuali rendang tu ….

Jeng jeng jeng. Nasib baik cuma aku dan anak buah aku je nampak dan ada situ masa tu. Kami buang lipas tu (susah juga nak buang sebab dah terselit celah-celah daging) dan aku cakap pada anak buah aku “do not tell anyone about this”. Dia angguk.

Raya tahun tu adik beradik aku yang lain sedap dan berselera je balun rendang tu tapi aku dan anak buah aku tak sentuh pun. Hahaha.

Err dah lama tak update blog.