Pertama kali pulang bercuti ke Perak setelah menjadi "orang KL," seorang kakak di depan rumah bertanya sama ada ada sesiapa di KL yang hairan dengan cara aku menyebut perkataan "surat khabar".
Aku kata tidak ada pula dan terus bertanya kenapa kakak itu, yang aku panggil Kak Tam, bertanya demikian.
Aku kata tidak ada pula dan terus bertanya kenapa kakak itu, yang aku panggil Kak Tam, bertanya demikian.
Kata Kak Tam sebutan aku "terlalu Perak" dan malah cara aku menyebut perkataan Kuala Lumpur juga tidak sama seperti cara pembaca berita di TV menyebutnya. Aku belesah menyebut kulumpo saja.
Ya, loghat Perak aku pekat. Tetapi ia tidaklah pula sama 100 peratus dengan loghat Perak yang diucapkan oleh karekter Usop Wilcha atau oleh Cikgu Shida (yang menulis di blog menggunakan loghat Perak).
Loghat Perak aku adalah campuran cara penuturan di dua daerah yang berbeza.
Aku boleh menggunakan cara sebutan di dua-dua daerah itu kerana pernah tinggal di tempat-tempat berkenaan dan oleh itu akan menggunakan salah satu darinya bergantung dengan siapa aku bercakap.
Aku juga menjadi begitu kerana keluarga di sebelah arwah bapa aku menggunakan satu loghat manakala keluarga di sebelah emak pula satu loghat lain. Jadi sudahnya anak mereka ini dua-dua boleh.
Aku juga menjadi begitu kerana keluarga di sebelah arwah bapa aku menggunakan satu loghat manakala keluarga di sebelah emak pula satu loghat lain. Jadi sudahnya anak mereka ini dua-dua boleh.
Ramai tidak tahu sebenarnya loghat Perak terbahagi dua yang utama iaitu loghat Kuale seperti yang dituturkan Usop Wilcha (serta Mr Os) dan loghat Parit seperti yang pernah cuba digunakan satu watak di dalam filem P Ramlee (mungkin filem Do Re Mi).
Jadi, jika aku berdepan dengan orang yang menggunakan loghat Kuale, aku menggunakan loghat itu dan jika aku bercakap dengan orang yang bertutur dalam loghat Parit pula, aku akan cuba sesuaikan loghat aku ke arah itu.
Loghat Kuale berpusat di Kuala Kangsar dan dituturkan di Kuala Kangsar, Ipoh, Teluk Intan, Tapah hingga ke Tg Malim manakala loghat Parit itu pula berpusat di Parit dan tempat-tempat seperti Bota, Lambor dan Kg Gajah.
Bezanya hanya boleh diterangkan dan difahami dengan mendengar bagaimana ia disebut dan dituturkan.