Thursday, January 27, 2011

Tentang Blog Ini

Tidak semena-mena hari ini pada tarikh 27hb Januari 2011 wujudlah blog ini. "Tidak semena-mena" kerana ia diwujudkan dalam masa lima hingga 10 minit sahaja dan akupun tak sangka sempat mewujudkannya selekas itu. Klik sana, klik sini, nah muncullah Mulai Januari ... Dan ketika mewujudkan blog ini, aku juga sebenarnya sedang mengemas meja, mencampakkan apa saja yang patut ke dalam beg kerana hendak pulang. Handal kan?

Oleh sebab aku tidak mahu ramai membuang energy kagum dengan kemampuan aku (haha) mewujudkan blog ini cuma dalam masa lima minit, biarlah aku berterus terang saja. Sebenarnya semalam seharian aku menerokai internet untuk mencari dan memahami cara membuat blog. Trial and error sudahpun berlangsung semalam sebenarnya. Dan sehari sebelum itu pula beberapa rakan cyber telahpun menurunkan tips mengenai cara-cara membuka blog. Terima kasih.

Blog ini dinamakan sedemikian kerana pertamanya ia diwujudkan pada bulan Masehi Januari dan keduanya aku sendiri mula menjengah dunia pada Januari dan ketiganya kebanyakan manusia menjadikan kedatangan Januari untuk melihat semula apa yang telah dicapai dan memulakan dari Januari perjalanan baru menggapai impian masing-masing. Semuanya Mulai Januari ...

Nota kaki : Tahun Hijrah dan Masehi diisyaratkan oleh Allah dalam al-Qur’an melalui kisah pemuda dalam gua yang dimatikan oleh Allah beberapa lama sebelum dihidupkan kembali. Allah berfirman: َوَلبِثُوْا فِيْ كَهْفِهِمْ ثَلاَثَ مِائَةٍ سِنِيْنَ وَازْدَادُوْا تِسْعًا 
Maksudnya: “Dan mereka berada dalam gua mereka selama 300 tahun dan mereka tambah lagi 9 tahun.” Menurut Ibn Kathir, 300 tahun itu sekiranya dikira menggunakan tahun Masehi, manakala 309 tahun sekiranya dikira berdasarkan tahun hijrah.


5 comments:

Rin Ahmad said...

maka dengan itu i terus teringat lagu Glen... January...

nyet said...

Selamat menulis kawan. Aku akan jd pembaca setia.

Cik Liza said...

yippie.. :)

watachiwa said...

Terima kasih la ye sebab pilih 27 Januari for 1st entry..hehehehe

hk said...

nyet: Thanks sangat.

layd: My 'yippie' goes out to you too

watachiwa: 27 Januari ialah hari burung-burung berkicau riang.

Post a Comment