Monday, May 16, 2011

Tentang Root Beer dan Sarsi

Walaupun ia berlaku hanya sebentar, agak kesal juga aku kerana bertelagah dengan seorang waitress Indonesia tadi. Aku tidak pernah terbabit dalam pertelagahan begini dan selalunya aku matikan sahaja apa-apa insiden yang boleh membawa kepada "berlawan cakap" seperti tadi. Tetapi tadi aku teruskan sahaja kerana pertamanya dia tidak membawa minuman yang aku pesan dan keduanya dia terang-terang salah tetapi tidak mahu menerima kesalahannya.

Ceritanya bukan apa. Semasa makan tengah hari tadi aku memesan minuman root beer tetapi diberikan sarsaparilla semata-mata kerana pada can minuman itu tertulis perkataan A&W. Agaknya pada waitress itu apa saja yang terkandung dalam can A&W adalah root beer. Aku memberitahu waitress itu bahawa yang dibawanya itu sebenarnya adalah sarsi dan bukan root beer tetapi dia menjawab balik dengan mengatakan memang itu adalah root beer. Dan dia pergi.

Ini bukan root beer !

Aku sangka hal ini habis di situ dan tidak menjadi masalahpun jika aku meminum saja sarsi jenama A&W yang dikatakannya root beer itu untuk mengiringi nasi ayam Singapura yang aku sedang makan.

Tetapi rupanya dia datang balik dengan membawa satu can sarsi jenama F&N pula. Ditunjukkannya can itu kepada aku saraya berkata "ini barulah sarsi .... !"

Aku terangkan pada dia kalau root beer maka akan ditulis perkataan root beer pada can itu tetapi ini ditulis perkataan sarsaparilla dan sarsaparilla itu adalah sarsi.

Aku katakan lagi apa yang diberikannya pada aku tadi adalah sarsi jenama A&W dan apa yang sedang ditunjukannya kepada aku pula ialah sarsi jenama F&N, keluaran dua syarikat berbeza.
Dan dia pergi. Moga aku dapat pahala mendidik seorang insan yang terkeliru atau tidak pernah tahu mengenai perkara ini. 

Tetapi dari kejauhan aku terdengar dia bercakap dengan seseorang dan perkataan sarsi disebut-sebut berulang kali. Aku sudah malas mendengarnya.

Root beer yang sebenarnya.

4 comments:

Cik Liza said...

ahaks.. sarsi i like... feel gitu minum root beer brand a&w.. mcm yg di a&w tu.. ada float.. terbaik dan termanish

watachiwa said...

kesian budak indon tu pak Asan
x reti baca kot..
tp root beer A&W best..lebih2 lagi kalo ade float

Rin Ahmad said...

dah tau tak faham dan tak reti... belajar laa kan? terima laa apa orang bgtau... bodoh sombong namanya!

hk said...

Rin, saya sudah guna selembut bahasa memberitahu dia tapi dia rasa dia lagi tau hehe

Layd, root beer A&W taruh float adalah nikmat hehe

Wata, A&W Malaysia ni shareholder terbesarnya ialah kerajaan negeri Terengganu. Masih lagi kot.

Post a Comment