(i)
Teringat kisah seorang mamat menaiki bot laju di Shotover River di daerah Otago. Setelah bayaran dibuat, bot itu meluncur di tengah suhu sejuk membawa mamat itu bersama beberapa orang yang lain menikmati salah satu daya tarikan pelancongan yang ada di South Island, New Zealand.
Bot itu meluncur tepat ke arah tembok sungai yang terdiri dari bongkah batu besar dan apabila hampir-hampir hendak menghentam tembok itu, dia membuat pusingan dan mamat itu yang gatal menaiki bot berkenaan terasa semua dalam perutnya hendak terhambur keluar. Kemudian pemandu itu menuju ke bongkah batu lain pula untuk mengulangi aksi sama. Apabila bongkah batu sudah betul-betul di depan muka, dia memusingkan steering secara mendadak ! Terasa hendak menjerit tetapi pada fikiran mamat itu amatlah tidak macho berbuat demikian.
Bot itu meluncur di atas air yang merupakan salji cair dari gunung berdekatan. Kesejukan mencucuk tulang mamat itu dan muka dan telinganya terasa keras dan kebas di tambah pula dengan rasa ngeri dipandu begitu.
Mamat itu sudah tidak dapat bertahan dan mahu menepuk bahu pemandu bot supaya berhenti saja di mana-mana dan dia diturunkan. Tetapi terasa malu nanti apa pula kata orang-orang lain di dalam bot itu. Walaupun mereka juga pasti ngeri dan gayat, tetapi tidak pula sampai mereka mahu menyuruh bot berhenti.
Setelah pulang ke Malaysia, seminggu kemudiannya mamat itu terbaca di dalam akhbar dan siap melihat gambar sekali akan seorang lelaki jauh lebih berumur (sangat jauh) sedang tersenyum sahaja selepas menaiki bot yang sama di Shotover River.
“Cisss Dr. Mahathir ni,” getus hati mamat itu.
(ii)
Seorang colleague aku bercuti tiga minggu dan apabila muncul semula semalam terus aku tanya ke mana dia menghilang.
Dia tersengih tanpa berkata apa-apa buat beberapa ketika dan aku tahu itu tandanya dia berat mahu bercerita tetapi tahu akan terpaksa juga menjawab since aku dah menyoal.
“New Zealand,” katanya.
Setelah aku menunjukkan respon terkejut, dia pula tiba-tiba jadi rancak hendak bercerita.
Sesetengah manusia memang begitu kan?
Mulanya hendak berahsia konon tetapi setelah tercerita sedikit, dia jadi seronok pula hendak bercerita.
Yang membuat aku terkejut ialah kerana menyangkakan colleague aku ini mengunjungi ahli keluarganya di Singapura seperti selalu sebelumnya. Tidak sangka pula dia ke New Zealand.
Berbalik pada kunjungannya ke tanah awan panjang itu (begitu ada yang menggelar New Zealand), katanya, seperti kebanyakan pelancong lain, dia terus ke South Island dan tidak pun ke North Island .
Dengan itu dia dapat menjimatkan masa, wang dan lebih penting dia tetap “tidak tertinggal” apa-apapun yang patut dilihat apabila seseorang berkunjung ke New Zealand.
New Zealand terbahagi kepada dua bahagian pulau utama – South Island dan North Island.
Di antara dua pulau ini, South Island itu lebih cantik dan pasti mengusik kalbu siapa yang berpeluang berada di sana. Tetapi ini tidak bermakna pula North Island itu tiada daya tarikannya.
(iii)
Asyik colleague aku bercerita dan aku terus teringat cerita mamat itu dan tidak sabar berkongsi mengenainya di sini.
Ate kome ingat kome berani ke ?
3 comments:
adakah hk mamat itu? ;p
aku pun berpikiran sama..hehehe
wah HK exciting experience!
teringat aku punya first experience masa membonceng motosikal seorang sahabat pada kelajuan 160km/h......
masa tu sumpah tak mo ride dah..bila dah turun motor tak sabar nak ride lagi...
Post a Comment