Hanya perasaan saja aku kadang-kadang kurang selesa dengan lelaki bernama Sham sampai ke hari ini. Dua kali aku gagal bercinta (geli pulak tulis macam ni) dan kedua-dua kalinya berkait lelaki bernama Sham.
Kebetulan.
Kali pertama, girlfriend aku yang belajar di seberang laut meninggalkan aku setelah menemui lelaki bernama Sham di negara tempat mereka sama-sama belajar. Bekas girlfriend aku itu menyuruh si Sham menelefon aku kerana dia sendiri tidak sanggup berterus terang. Yang aku ingat aku kata "ok" saja kepada si Sham. Tiada dendam walaupun hati remuk.
Kali kedua pula, aku yang beralah dan menarik diri setelah gadis yang cuba dipikat tidak boleh membuat pilihan sama ada menerima aku atau kekal dengan boyfriendnya yang juga bernama Sham. Aku buat keputusan setelah dia menangis dan air matanya menitis ke pinggan nasi. Bila aku berundur, tidaklah lagi dia perlu membuat pilihan. Lagipun aku yang salah pergi kacau girlfriend orang.

Lucu bila diingat kembali. Fast forward. Di tempat aku bekerja pernah ada seorang pengurus bernama Sham. Memang aku langsung tidak rapat dengan dia hinggalah dia berhenti dan pergi bekerja di tempat lain. Bukanlah faktor "Sham" itu menyebabkan kami tidak rapat kerana mungkin kebetulan saja dia lulusan UK yang snobbish (pandangan aku) dan aku pula easy going menyebabkan personaliti kami berselisih. Tetapi sedikit sebanyak dia mengingatkan aku pada dua Sham sebelumnya.
Aku pernah secara rahsia "ditunjukkan" oleh seseorang gambar Sham pertama berdiri di sisi bekas girlfriend aku itu. Nampak mereka happy. Sekurang-kurangnya aku berani dan jujur merumuskan sedemikian walaupun hati aku berbisik Sham itulah yang telah merentap kebahagiaan aku dan mendatangkan pelbagai implikasi terhadap kehidupan aku selepas perpisahan itu (cerita mengenai ini agak panjang dan mungkin aku boleh kongsikan lain kali)
Sham kedua pula kini seorang peguam dan aku pernah menerima email dari wanita yang pernah sama-sama kami "rebutkan" menyatakan rasa tidak gembira bersama Sham yang ini. Nasiblah.
Anda ada "Sham" dalam hidup anda? Saja tanya.
5 comments:
One of my ex bf also bernama "Sham" ;)
~Iz~
Test posting a comment.
sepupu i nama Sham... tapi dah meninggal...
Sudah I sedekahkan Fatihah buat dia. Moga ditempatkan di kalangan para solihin.
Sham yang saya kenal tinggalkan saya dan pergi pada perempuan lain...dia memang lelaki tak guna...
Post a Comment