Friday, February 18, 2011

Tentang Bas Yang Kemalangan


Ingat lagi kemalangan dasyat membabitkan kehilangan jiwa pelancong Thailand baru-baru ni? Semasa merayau pekan Ipoh untuk mencari mi goreng baru-baru ni, aku terkejut bila nampak badan bas yang dah hancur ni "di pamerkan" di depan balai polis tak jauh dari Stesen KTM Ipoh yang cantik tu.  

Memanglah bukan ia dengan sengaja dipamerkan tetapi the fact that it is just left unguarded like that make me and others feel that pihak berkuasa memang sengaja nak tunjukkan pada public. Tidak dipagarkan pun.

Tak salahpun agaknya public tengok sebab ia boleh mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya. In fact semasa aku kecik dulu, siap mereka (agaknya Majlis Keselamatan Jalanraya) buat pentas khas dan letak sebiji kereta yang remuk atas stage itu supaya orang yang lalu lalang dapat tengok. 

Tetapi mengenai bas ini, bila semua orang boleh pergi dekat dan pegang-pegang bas tu, buat aku rasa tak best. Macam tak respect pada those yang hilang nyawa dalam kemalangan tu. Dan bas itu bukankah bahan bukti?. Tidak takutkah bahan bukti diganggu?. Masa aku lalu itu ada pekerja Nepal atau Myanmar yang lepak-lepak melihat bas itu. 

      

5 comments:

Cik Liza said...

agak2 ada part missing tak pada bas ni.. a

and

ada kesan darah tak?? eeee

hk said...

Kesan darah tu tak tahaulah layd sebab dah expose pada cuaca, hujan panas semua.

watachiwa said...

malam2 leh panggil ankel seeker dtg rakam ape2 yg patut

hk said...

Hantu Siam banyak tu ...

Rin Ahmad said...

dulu2 masa duk melawati... rajin laa lalu depan balai melawati tu... selalu lalu kat kereta2 yang kes mati eksiden... memang sayu tengok... walaupun dah lama... tapi macam terbayang2 orang2 dalam tu menjerit2 mintak tolong...

Post a Comment