Wednesday, February 9, 2011

Tentang Penulis Kegemaran


Salah seorang penulis kegemaran ku ialah Tai Sing Onn. Dia bukanlah penulis terkenal dan setahu aku tidak pernahpun menghasilkan buku. Dia hanya penulis biasa yang artikel-artikel tulisannya selalu aku baca di akhbar The Star dan New Straits Times. Apa yang membuat aku tertarik ialah dia mampu menjadikan satu-satu peristiwa itu bagaikan satu hikayat yang menarik untuk dibaca. Dia hanya menulis mengenai perkara-perkara biasa yang kita tempuhi seharian, mengenai orang-orang biasa yang ditemui di tempat-tempat biasa. 

Walaupun perkara biasa, cara dia menulis menjadikan suasana atau peristiwa itu seperti satu kejadian yang penuh impak dan warna. Dia membawa kita melihat sesuatu suasana dan peristiwa dari sudut lain yang tidak kita terfikirkan.

Antara yang aku ingat ialah tulisan Tai Sing Onn mengenai bas yang berhenti menanti penumpang di Klang Bus Stand. Bas itu berhenti lama kerana menanti tempat duduk semua diisi. Sebelum bas itu berlepas, ada macam-macam gelagat di dalam bas itu dan ini diceritakan oleh Tai Sing Onn dengan cukup menarik. Watak-watak yang muncul dalam tulisannya ialah pemandu bas itu sendiri dan para penumpang. Respon penumpang terhadap keadaan tidak selesa di dalam bas yang lambat bergerak, bau peluh, bergesel-gesel, bahang yang makin lama makin meningkat, menjentik kita sendiri yang pernah atau mungkin satu masa nanti akan melalui situasi sama.

Malangnya aku tidak menyimpan artikel itu dan pencarian di internet juga gagal.

Aku tidak tahu mengenai latar belakang Tai Sing Onn walaupun kebetulan pernah melihat rupa orangnya. Jadi aku tidak tahu di mana dia memperolehi kebolehan memerhati dengan tajam dan kemudian menulis begitu terperinci, bagaimana dia mencari idea, membentuk plot, mencipta konsep dan mengembangkan watak hanya dalam satu artikel yang singkat.

Mungkin juga itu adalah bakat semula jadi yang ada pada Tai Sing Onn tetapi tidak ada pada aku. Noktah.

4 comments:

Anonymous said...

And you are one of my fav writer.. ;)

Rin Ahmad said...

owhhh i pernah lalui hidup naik bas di bas stand klang menuju klang...

plug2pin said...

bus stand klang tu yg dkt ngan pasar seni nyer lrt tu yek?
kalau yg tu, mmg tmpt wajib masa keje kat tmpt lama dulu

hk said...

Yes, di situlah. :-)

Post a Comment