Aku teringat berkunjung ke rumah seorang ahli perniagaan wanita atas satu urusan. Selalunya aku kalau ke situ lebih gemar duduk di luar sahaja saja berborak dengan pengawal keselamatan walaupun ayah wanita itu selalu mengajak aku masuk untuk bersembang. Wanita ini masih bujang dan memiliki beberapa syarikat. Satu daripada syarikatnya memegang satu konsesi perniagaan yang diperolehi dari sebuah kerajaan negeri. Bayangkan duit yang masuk apabila memiliki konsesi sebegini.
Satu hari ketika aku ke rumah wanita itu, dia sedang mengadakan usrah yang dihadiri sekumpulan wanita lain yang aku agak adalah rakan-rakannya. Aku yang duduk diluar jelas mendengar perbincangan yang berlangsung. Wanita itu mendapatkan pandangan ustaz mengenai bagaimana hendak benar-benar ikhlas dalam berdekah.
Kata wanita itu, semua derma dan bantuan yang dia hulurkan sememangnya ikhlas dan itu sepatutnya sudah mencukupi. Bagaimanapun katanya dia sering dilanda persoalan mengenai keikhlasan kerana baginya itu amat penting dalam mendapatkan keberkataan dan keredhaan. Katanya lagi sebagai manusia biasa dia kadang kala bercerita kepada adik beradik atau kawan-kawan rapat mengenai derma dan bantuan yang dibuatnya. Ini hanyalah sebagai bualan kosong. Malangnya, selepas itu seringkali dia mendapati apa yang dibuat itu menjadi pengetahun pihak lain.
Wanita itu berkata dia kini menutup sahaja mulutnya dan jika boleh apabila tangan kanan menderma, tangan kiri pun tidak sedar.
Aku sendiri turut tahu mengenai bantuan dan kemurahan hati wanita ini. Antara lain dia menanggung bil bagi masjid dan surau tertentu yang mencecah ribuan ringgit sebulan. Dia juga setiap tahun menghantar saudara mara dan rakan-rakan ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji.
Aku sendiri turut tahu mengenai bantuan dan kemurahan hati wanita ini. Antara lain dia menanggung bil bagi masjid dan surau tertentu yang mencecah ribuan ringgit sebulan. Dia juga setiap tahun menghantar saudara mara dan rakan-rakan ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji.
Aku menulis mengenai usaha wanita ini mencari erti keikhlasan menderma kerana teringat mengenai kerancakan pihak tertentu di negara ini menderma sambil memanggil sidang akhbar untuk menghebahkan "kemurahan hati" mereka ke seantero Malaysia. Mereka akan memanggil majlis khas, berpakaian cantik-cantik, menyediakan makanan enak-enak dan menempah mock cheque bersaiz satu depa dan kemudiannya beraksi di depan kamera.
Dan pada masa ini juga sektor koroprat pula makin galak berselindung di sebalik terma Corporate Social Responsibility (CSR) di mana syarikat-syarikat menaja dan membabitkan diri dalam kerja amal (yang tentunya dihebahkan juga oleh PR masing-masing) tetapi pada yang sama memasukkan pula elemen branding, pemasaran dan lain-lain.
Jadi kitapun mulalah melihat majlis di rumah anak yatim dan rumah orang tua yang para hadirin memakai kemeja T dengan logo syarikat-syarikat tertentu dan dipintu dewan kantung door gift diedarkan dan antara lain di dalamnya ada brosur perniagaan.
Wallahualam.
Jadi kitapun mulalah melihat majlis di rumah anak yatim dan rumah orang tua yang para hadirin memakai kemeja T dengan logo syarikat-syarikat tertentu dan dipintu dewan kantung door gift diedarkan dan antara lain di dalamnya ada brosur perniagaan.
Wallahualam.
4 comments:
kenalan u tu nak tak hantar i pi mekah hehehehe saja je nyakat...
nice blog... tahniah berjaya buka satu blog...
Ok, nanti I bagi nama Rin pada dia :-)
nice entry bro! clap2
keikhlasan adalah salah satu nilai yang semakin berkurangan masa ni..
semua nak nama dan benefit aje... huhu
2nd!
nak gak HK...
kalau dia dpt sponsor plug sambung bljr pun, best gak :)
Post a Comment