Monday, February 21, 2011

Tentang Makan Tak Sedap

Bagaimana rasanya selepas membayar RM8.60 untuk makan tengah hari (dengan sirap bandung) dan selepas itu kita cuma boleh makan sesuap dua sahaja?

Tak boleh makan sebab nasi putih keras, ikan merah yang diletak dalam kuah lemak cili api pun keras dan  sambal ikan bilis pula undercook dan oleh itu amat terasa kementahannya. Ikan masin yang aku turut ambil, cuba menyelamatkan keadaan dan aku sumbat juga ke mulut bersama nasi. Tetapi apa yang ikan masin boleh buat dengan nasi yang keras?  Aku mengalah. I left most of itWhich left me really pissed off too.

Aku bukanlah jenis yang bila makan semua kena top notch dan semua kena tahap menjilat jari. Tapi selepas berbelanja sebanyak itu dan cuma boleh telan sesuap dua, rasa sangatlah keciwa. Tambahan pula semua itu adalah rezeki. Hendak sumbat juga, aku memang ada masalah kesihatan berkaitan dengan perut dan memang memakan ubat.   

Hendak mengadu pada tuan punya kedai, serba salah juga sebab pada hari-hari lain masakannya elok dan sedap sahaja. So ringkasnya, it's just one of those days what I ate was something yucks.

Dan yang membuat pengalaman makan tengah hari tadi sesuatu yang menyedihkan ialah dari pagi lagi aku sudah berangan nak makan ikan merah masak lemak cili api di kedai itu. 


Rating :

Nasi putih 2/5
Ikan merah masak lemak 1/5
Sambal ikan bilis 2/5
Ikan masin 4/5
Sirap bandung 3/5 
  

2 comments:

Rin Ahmad said...

ok pasal ikan merah keras... ekceli ada jenis2 ikan merah yang memang kalau di masak isinya akan jadi keras... which is ikan tu agak murah berbanding ikan merah yang lembut....

tu kadang2 kat pasar kita tengok kenapa ada ikan merah murah dan mahal... sama gak dengan ikan tenggiri... ramai orang suka beli ikan tenggiri batang... ikan ni memang keras kalau masak.. kurang sedap...

i lagi suka ikan tenggiri bunga... memang mahal sikit tapi bila masak.... isi memang lembut... nak kacau2 pun kena hati2....

tapi seminggu dua ni memang payah nak dpt ikan merah... i pun dari last week duk cari ikan merah di pasar borong untuk buat sup nak bagi pada anak... tapi payah sgt nak dapat.. kalau ada pun memang mahal.. sekilo boleh sampai harga RM25....

Cik Liza said...

kesiannya...
lepas ni mesti tawar hati kan nak pi sana....

Post a Comment