Che Nin bt Jabit
(9/6/1987 - 3/8/2010)
Seorang kawan yang singgah bermalam di Kuala Kangsar pada cuti Gong Xi Fa Cai baru-baru ini bercerita mengenai pertemuannya dengan pengarah Mamat Khalid dan pelakon/penyanyi Awie. Dia terserempak dengan mereka di sebuah hotel di Bandar Di Raja itu dan lalu bertegur sapa dan bersembang. Kawan ini merumuskan Mamat dan Awie amat peramah.
Mamat dan Awie memberitahu kawan ini bahawa tujuan mereka berada di kuale ialah untuk penggambaran sequel Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Aku sudah menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah dan aku akui ia menghiburkan. Oleh itu perkhabaran mengenai pembikinan sequel ini menarik minat aku. Aku tidak dapat mengagak jalan cerita dan plot yang bakal dipersembahkan oleh Mamat dalam sequel ini.
Tetapi kalau aku, secara peribadi aku ingin mengetahui mengenai apa yang berlaku kepada Che Nin (salah saru watak penting dalam HKLBR) sepanjang 6 bulan dia ditinggalkan oleh Husin sehinggalah saat dia menghembuskan nafas terakhir. Pemergian Che Nin langsung tidak diketahuipun oleh Husin
Menurut Pak Jabit, Che Nin memang dari keturunan mati muda. Ibunya mati muda dan begitu juga dengan neneknya.
Aku ingin mengetahui mengenai gelodak jiwa seorang gadis desa yang cantik ayu dan penuh sopan santun dalam menghadapi situasi menjerut rasa sebegitu.
Aku ingin mengetahui bagaimana Che Nin berhadapan dengan satu kejutan apabila ditinggalkan, bagaimana dia mengisi kekosongan hidup tanpa mendapat jawapan punca ditinggalkan dan bagaimana dia mengubati duka lara hatinya mengetahui cinta dan hasrat tidak kesampaian.
Siapakah Che Nin? Adakah dia memang membantu ayahnya berniaga di warung makan atau dia sama seperti remaja lain memilih bebas dari ibu bapa dan bekerja di bandar berdekatan?
Di kala Husin terpengaruh dengan budaya rock yang jelas terlihat dari cara dia berpakaian, Che Nin tampil datang dari "alam satu lagi" dengan gaya dari tahun 1950an untuk menemui Husin. Adakah Che Nin semasa hayatnya memang bersederhana dalam pemakaian atau dia sama terdedah pada pengaruh sub culture rock, punk, gothic atau harajuku?
Di kala Husin terpengaruh dengan budaya rock yang jelas terlihat dari cara dia berpakaian, Che Nin tampil datang dari "alam satu lagi" dengan gaya dari tahun 1950an untuk menemui Husin. Adakah Che Nin semasa hayatnya memang bersederhana dalam pemakaian atau dia sama terdedah pada pengaruh sub culture rock, punk, gothic atau harajuku?
Semua permasalaahan Che Nin diselesaikan melalui divine intervention, nyawanya diambil dan semua kesedihan dan kekeciwaannya dikuburkan bersama. Absence and death are the same - only that in death there is no suffering.
Nota untuk diri sendiri :Beramallah dan tambahkan amalan.
Nota untuk diri sendiri :Beramallah dan tambahkan amalan.
6 comments:
al-fatihah..
sebegitu muda kematian menjemput..
entry yg agak depressing.. mcm entry ku jua..
*sigh*
jab jab ... siapa che nin ni? am lost...
Che Nin ialah salah satu watak dalam HKLBR. Dia sebenarnya sudah meninggal dunia dan hanya bekas tunangnya Husin dan seorang bomoh saja yang dapat melihat "rohnya". Husin balik mencari Che Nin untuk menebus kesilapannya tanpa mengetahui Che Nin sebenarnya sudah tiada dan yang dilihatnya itu adalah satu jelmaan.
Dalam HKLBR, watak Kak Limah ialah komedinya manakala watak Che Nin adalah sisi romanatis/seriusnya.
Kalau CJ dan NCJ, dorang fahamlah pasal HKLBR ni hehe. Tapi segan nak bagi dorang link blog ni.
wakakakaka... watak
tapi HK menulis seakan2 dia idup
aku pon meng alfatihah kan aje
HK penah menulis buku?
hahahaha....
sesapa yg tak tgk citer hantu k.limah tu, mungkin tak fhm apa yg hk maksudkan kot :)
mujur ku memahami sbb dh 2 kali tgk citer tu..dan bg aku mmg menghiburkan walaupun kkdg tgk k.limah tu sbnrnya agak seriau
Dia hidup balik dalam kampung pisang bersiri-siri.....Pak din ada sebut
Post a Comment