Semalam semasa tertengok Siti Nurhaliza di Astro, aku merumuskan isteri Dato K itu sudah gemuk. Mukanya nampak melebar. Bila aku tukar ke TV3 untuk menonton Majalah Tiga, aku nampak pula Nursyuhada dan aku rasa dia juga makin besar berbanding awal-awal dia muncul di kaca TV dulu. Dan seorang lagi yang aku rasa sudah kian membesar ialah aku sendiri. Aduh. Aku rasa badan aku berat dan bahagian pinggang aku sudah nampak macam berlipat sedikit jika dilihat dari belakang. Aku dah tengok cermin ok. Seluar aku banyak yang aku rasa tak selesa kerana ukur lilit pinggang yang bertambah.
Macamana boleh jadi begini?
Jumaat lepas sebaik keluar pejabat aku bergegas ke Masjid Saidina Omar Al Khatab di Bukit Damansara untuk menghadiri majlis tahlil arwah isteri boss aku. Walaupun meredah kesesakan trafik petang Jumaat, aku tiba tepat-tepat ketika azan maghrib berkumandang. Tahlil dan bacaan Yassin selepa maghrib dan makan pula sebaik selepas Isyak di Dewan Al Khatab di bahagian bawah masjid. Bila tiba waktu makan, aku mendapati diri aku berada di depan sekali untuk mengambil makanan. Macamana boleh jadi macam tu ye?.Hehe. Aku memang lapar sebenarnya. Jadi pinggan aku bukan saja penuh nasi briyani, ada dua ketul ayam goreng dan seketul daging. Makanlah aku duduk di meja paling jauh konon malu nanti orang tegur aku ambil banyak. Sesudah habis, aku rasa nak bertambah tapi malu. Takkan nak angkut pinggan dan lalu tengah-tengah orang ramai. Jadi aku cuci tangan, masuk barisan semula dan ambil pinggan baru. Orang mungkin tak perasan dan ingat aku baru saja turun dan baru hendak makan. Haha.
Bagaimanapun rupanya HR Manager aku dah perhatikan aku. Lepas aku dah habis makan second round dia datang ke meja dan kata dia nampak berselera sungguh aku makan. Sibuk je. Pergi cepat prepare untuk bayar bonus!
Sampai di rumah, instead of tidur macam ular sawa yang kenyang, aku tidur lewat sebab mambaca dan tengok TV dan sudahnya buka peti ais dan makan coklat pula. Ada kalanya (di ketika yang lain) aku boleh masak maggi dulu sebelum tidur. Ini semualah yang membuat berat badan aku naik sekarang ini.
Tapi aku juga tidak boleh mengenepikan bahawa metabolisme aku sekarang semakin perlahan. Semua manusia akan melalui fasa ini ok. Hehe. Secara semula jadinya, ada beberapa faktor akan memperlahankan metabolisme kita seperti umur, keturunan dan cara hidup yang kita amalkan.
Umur? Dari apa yang aku baca, apabila keanjalan otot merosot, paras lemak akan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.
Bagaimanapun, jika nak dibandingkan antara lelaki dan wanita, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan kami yang lazimnya lebih besar dan mempunyai kurang lemak badan.
Oh, sebab itulah Siti Nurhaliza dan Nursyuhada makin membesar haha.
5 comments:
dh tua katakn...hehe
Thank you KAK PLUG. Hehe
:P..baiklah pakcik asan
wakakakaka
aku pon membesar bagai johan
tapi maybe aku bukan di kira membesar
sbb masih memakai baju zaman itm
terms yg sesuai - semulajadi gabak? :)
kena avoid makan ayam, daging dan nasi...
heheheheh
sesekali tak pe laa nak rasa.. tapi tak perlu laa makan kalau KFC tu seketul toksah laa abiskan... makan separuh udah
muehehehehehe
Post a Comment