Thursday, October 6, 2011

Tentang Bayaran Untuk Cenderahati

Aghhh.

Aku order gift dari sebuah syarikat melalui telefon buat seseorang yang baru mendapat cahaya mata. Kerana sibuk, aku tidak segera menguruskan bayaran, apa lagi pula orang-orang di syarikat gift itu sudah biasa dengan aku jadi aku fikir tidaklah perlu membayar segera.

Beberapa hari kemudian, apabila aku diingatkan oleh mereka bahawa bayaran belum dibuat, aku segera menyuruh mereka datang mengambil wang.

Selang dua hari, aku dikunjungi seseorang yang mengakui datang untuk memgambil wang bagi pihak syraikat gift itu dan akupun tanpa banyak soal menghulurkan duit.

Tetapi tadi aku dihubungi oleh bahagian akaun syarikat itu untuk bertanya bila mereka boleh datang untuk mengambil bayaran?

Aghhh.

Habis tu siapa pula yang datang mengambil wang dari aku hari tu? Ketika dia datang hari tu katanya dia dari syarikat yang sama.

Pening.      

4 comments:

watachiwa said...

mebi staff company tu jugak kot.(bersangka baik)

or bekas staff yg buat kje camtu..paw duit customer..x call company tu ke masa nak byr tu?

Cik Liza said...

uiks.. ada chop sign tak?? aiyoo or at least a name?? hermm...

Rin Ahmad said...

ha`ah ada black n white tak?

hk said...

wata, mungkin gak ini modus operandi satu sindiket yg satu hari nanti bakal mendapat tempat dalam Harian Metro

layd / Pia ... nan ado diambik black and white walaupum org tu ada tunjuk. trust punya pasal terus bagi duit tanpa diambil bukti black and white tu (read: salah sendiri)

Post a Comment