Hari ini tadi sekumpulan pelajar UITM datang melawat. Betullah laporan yang aku baca sekarang ni ramai pelajar perempuan dari lelaki. Tadi cuma ada 4 atau 5 orang saja pelajar lelaki dikalangan mereka yang jumlahnya aku agak ada dalam 30 orang kesemuanya.
Kalau dulu, apabila ada pelajar datang melawat akulah yang akan memberi taklimat tetapi sekarang aku lihat sajalah dari jauh. Sekarang kerja menimbun dan masa yang ada seperti tidak cukup. Sakit pening pun tetap kerja - kalau boleh aku mahu mengambil cuti sehari untuk ke Jabatan Pendaftaran mengambil kad pengenalan yang baru siap (kad ganti sebab tercicir). Tapi aku memang tak boleh meninggalkan pejabat buat masa ini. Ini berlaku sejak pembantu aku berhenti. Tadi aku khabarkan keadaan aku pada HR Manager. Dia senyum saja. Ye lah mentang-mentang aku tak bising-bising bolehlah dia jawab keluh kesah aku sekadar dengan senyum saja.
Actually, pembantu aku sudahpun ada dan kini hanya menanti saat untuk disatukan sahaja dengan aku. Motif guna perkataan "disatukan"? Haha. Saja gatal.
Kata HR Manager apa yang melewatkan kemasukannya ialah jabatan di mana dia bekerja sekarang perlu mencari dulu pengganti untuk dia. Dia ini sebenarnya sudah lama memohon menyertai team aku. Ketika tempat ini kosong buat kali pertama dulu, dia salah seorang yang memohon tetapi aku ambil orang lain. Sekarang, bila tempat ini kosong semula dia, menurut kata HR Manager aku, telah cepat-cepat memohon. Dan kali ini aku terima dia. Dah jodoh. Haha.
0 comments:
Post a Comment