Friday, March 11, 2011

Tentang Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday

Hmm lagu Pulanglah nyanyian Awi Rafael ini boleh saja buat aku bertekak dengan someone. Tengoklah liriknya. Ada orang akan kata (aku pasti dia akan kata) liriknya dicemari, tetapi aku akan kata liriknya telah tambah dihiasi. Apa yang aku cakap ni ? Tengoklah liriknya turut ditepek dengan perkataan-perkataan Inggeris. Perkataan Inggeris itu pula bukanlah tak ada dalam bahasa Melayu dan bukanlah bombastic dan dasyat sangat. Jadi mengapa hendak menggunakan perkataan-perkataan Inggeris ini? 

Sesuai dengan aku sekarang yang hendak melayan apa saja di depanku secara ringan saja (kecuali perkara tertentu) maka aku anggap lagu ini dihasilkan sedemikian rupa semata-mata sebagai satu kerja kreatif dan hasil seni yang cuba dijadikan lain dari yang lain. We are now in the world of expressive art (tengok saja macamana grafiti sudah "dibenarkan" di spray merata KL - sakit mata sebenarnya aku tengok).

Jadi tak perlu tengok lagu itu dari sudut "disebaliknya" kerana isu selalunya timbul apabila sesuatu itu kita mula tengok dari sudut lain (berbeza).  

Lagipun masih adakah lagu-lagu kontemporari Malaysia yang layak dikaji dari segi kaitan kreativiti penciptaannya dengan general intelligence. Tak ada.

Teringat temubual seorang deejay radio dengan Edry Abdul Halim. Kata Edry, selera sudah berubah. Katanya selera pendengar hari ini adalah terhadap lagu pakai buang. Kalau aku faham, maksud Edry ialah lagu yang kita dengar sedap hari ini mungkin esok kita tak mahu dengar dah. So layan sajalah sebagai halwa telinga selagi kita suka nak dengar.  

Tapi one thing, lagu Pulanglah ini sangat catchy dan boleh dilayan.

Layan berapa kali?

We'll see.


Lirik lagu Pulanglah oleh Awi Rafael:

Bukalah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Mata aku seperti sering kau campak saja
hanya hendak ada yang aku tak ada

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Munkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
berikan jawapan

pulanglah sebelumku runaway
Aku menanti kamu everyay
Aku menunggu dari Monday Tuesday, Wednesday, Thursday
tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menantimu everyday
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semua nampak berbeza tapi ku sama...
 
Awi Rafa

7 comments:

plug2pin said...

i hate this song hahahaha
kalau dgr jer, cepat2 tukar channel lain

Anonymous said...

Kadang-kadang melayan lagu progresif, kadang-kadang melayan lagu sedih. Namun, hidup tetap begini juga.

Anonymous said...

i would say this song has a unique way on it own.. like the japanese who always insert english words in their song and they can accept it very well there.....

Cik Seri Sue said...

personally, i love this song. lirik to me tak jadi masalah because i appreciate the music and music is universal. it has its own language and the language is lingua franca. no discrimination here.. so i would say,lets layan pak asna! yeah!!

nn said...

do you have any idea kenapa sekarang english wordings dalam lagu ni ditukar to malay words? bukan tak suka just nak tahu if u tahu. hehe

hk said...

nn, Bukan ditukar tapi dibuat satu lagi versi yang menggunakan BM sepenuhnya. Mungkin untuk membolehkan ia dimainkan di radio station yang mempunyai syarat ketat atau syarat pelik (wakaka) berkaitan penggunaan bahasa dalam lirik lagu

sue, kamu suka, aku pun jua :-)

Cik Seri Sue said...

tukar BM utk hot.fm aje kot sebab tadi terdengar radio muzik (radio kerajaan ) .. keluar yg original version.. bercampur aduk bahasa.. mungkin dato' rais yatim belum bangun lagik kot masa tu

Post a Comment