Tuesday, March 22, 2011

Tentang Kerjaya Guru



Terlebih dahulu aku ingin memulakan catatan ini dengan cerita yang disampaikan sepupuku, seorang guru. 

Dia baru grad dan baru saja mendapat posting tempat mengajar. Nasibnya baik sebab sekolah di mana dia dihantar cuma beberapa kilometer sahaja dari rumah. Nasibnya yang baik ini menjadi bahan "iri hati" (usikan) kawan-kawan kerana ada antara mereka yang telah dihantar ke ceruk pedalaman. 

Jadi inilah cerita sepupu aku itu. Ia mengenai seorang rakannya yang terpaksa mengajar di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Gua Musang.

Dan sekolah di mana rakannya dihantar itu sebenarnya merupakan penempatan Orang Asli. 

Pada satu hari ayah kepada salah seorang pelajar Orang Asli di situ telah datang ke sekolah dengan membawa seekor anak harimau yang baru ditangkapnya. 

Bapa pelajar itu bertanya-tanya kepada guru-guru dan kakitangan sekolah kalau-kalau mereka tahu sesiapa berminat membeli anak harimau. Bagaimanapun apa yang berlaku ekoran tindakannya itu ialah guru-guru dan kakitangan sekolah telah menjadi gempar dan panik. 

Ini adalah kerana mereka tahu apabila anak harimau hilang, si ibu pasti akan datang mencari berpandukan  deria baunya. Dan apa yang ditakutkan ialah bukan setakat datang tetapi si ibu harimau akan mengamuk kerana haiwan ini memang ganas apabila anaknya diganggu. 

Berikutan kejadian ini, guru besar telah dinasihatkan supaya menutup sekolah untuk satu hari kerana bimbang ibu harimau muncul tiba-tiba. 

Maka tak pasal-pasal telah bercutilah murid-murid sekolah itu pada hari berkenaan gara-gara tindakan bapa pelajar itu tadi. 

Di manakah kita boleh mendapat pengalaman seperti yang diceritakan di atas jika tidak di kawasan pedalaman. 

Dan di Malaysia hingga ke hari ini, yang mana tahap pembangunan dan pengagihan pemodenannya tidaklah cepat seperti sepatutnya, profesyen guru masih melalui fasa seperti di atas - berkorban, berhadapan apa saja dan memberikan segalanya demi amanah yang diberi. Situasi kemungkinan terpaksa berhadapan dengan harimau ketika memikul amanah seperti yang diceritakan di atas hanyalah salah satu contoh saja yang berlaku di luar sana. Ada banyak lagi.

Profesyen guru sangat dekat dengan aku. Mana tidaknya kerana ayahku pernah menjadi guru dan kemudiannya guru besar sebelum ditarik ke Jabatan Pendidikan. 

Berikutan jawatannya itu, rumah aku sentiasa dikunjungi guru besar dan guru-guru. Tidak cukup di pejabat, ayahku melayan mereka sampai ke rumah dan jikalau emak tiada, akulah disuruhnya membuat teh O dan kadang-kadang teh tarik untuk dihidangkan.  

Memang pelbagai isu mereka ajukan. Pada satu ketika yang lain, seorang cikgu dari sekolah aku sendiri telah datang ke rumah yang mana membuatkan aku ingin tahu apa halnya. Aku telah menyorok betul-betul di sebalik dinding tempat ayahku dan cikgu itu berbual dan alangkahnya terkejutnya aku kerana cikgu yang datang itu mengadu kepada ayahku mengenai  affair seorang guru lelaki dengan dengan seorang guru wanita. Hal yang diadukan bukanlah mengenai "hubungan" itu tetapi mengenai kelakuan tidak senonoh mereka selalu duduk berduaan di dalam kereta di tempat sunyi di pekan kecil tempat kami tinggal.

Dan aku menjadi lebih terkejut lagi kerana ketika asyik memasang telinga itu aku tidak sedar ayahku bangun dan masuk ke dalam (mungkin hendak ke tandas) dan telah ternampak perbuatan aku menekap-nekap telinga pada dinding kerana hendak mendengar lanjut mengenai affair itu. Teruk aku kena marah hehe.

Rapatnya aku dengan dunia guru hinggakan rumah tempat aku tinggal ketika itu juga sebenarnya merupakan kawasan perumahan yang dibangunkan oleh koperasi guru. Jadi, jiran aku di kiri, kanan, depan, belakang semuanya guru.

Malah aku sendiri nyaris-nyaris menjadi guru sandaran apabila ketika sedang tidak berbuat apa-apa menanti keputusan peperiksaan, ayahku mencadangkan aku mengajar di sekolah di daerah tempat kami tinggal.

Itu bagaimanapun tidak berlaku kerana aku sudah mempunyai rancangan lain untuk diri ku.  

Aku pernah diberitahu oleh seseorang (mungkin emak atau abang sulungku) bahawa ayahku memang mahukan salah seorang anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi guru. 

Tanpa dipaksa, adik perempuanku memilih menjadi guru dan mengambil kursus pendidikan di universiti walaupun asalnya ditawarkan kursus undang-undang. 

Al fatihah buat ayahandaku.

6 comments:

plug2pin said...

my sis dan abg ipar pernah kena ngajar kat kota belud sabah. macam2 pengalaman derang. nak2 ada salah sorang anak murid derang nama keranda..dan bab nama islam tp agama bukan islam.

plug pernah jadi cikgu ganti masa lps matrik, tunggu utk masuk U. ngajar kat sekolah rendah ajar budak drjh 2 kat sekolah kg. mcm2 kerenah ada, nak tergelak pun ada..pengalaman sungguh

watachiwa said...

kalo sekolah pedalaman esp sekolah yga de kaum orang asli ni..
cikgu kene pegi jemput kat rumah tuk diorg dtg sekolah..time rehat je diorg balik umah..sebab ayah dah ajak msk hutan carik rotan

hk said...

Plug dan Wata pernah melalui pengalaman yang sangat berharga dan sukar dicari lagi ... tahniah.

Rin Ahmad said...

i tak ada potensi untuk jadi guru.... heheheh tapi masa kecik i sangat takut dgn guru... kalau nampak guru jumpa mak... mesti kecut perut... hahahahaha

Anonymous said...

nak cikgu ni mmg kena minat dan banyak bersabar...nak melayan karenah murid2 lagi...tapi part anak rimau tu yg tahan baca...ehehehe...i penah lh jadi cikgu tadika masa lepas SPM sementara tunggu result nk kuar...ehhehe

Cik Liza said...

being a teacher sgt mencabar zaman skang..

al-fatihah for ayahandamu and ku

Post a Comment