Selesai solat Maghrib aku terus terfikir mengenai makan malam. Dari KL tadi terus saja balik tanpa membeli apa-apa. Jadi aku kena keluar semula. Bagaimanapun, tiba-tiba teringat pula American Idol akan ke udara dalam masa terdekat. Dengan adrenalin terhadap American Idol agak masih tinggi selepas mengikuti pusingan pemilihan saban minggu, aku membuat keputusan keluar cepat-cepat. Dan jika hendak lagi cepat, beli saja roti.
Sebelum tiba di pintu kedai aku nampak beberapa orang lelaki berjubah dan berserban sedang berlegar-legar di kawasan itu. Aku tahu mereka sedang mencari sesiapa untuk ditarbiyah. Aku segera mencari laluan yang akan memastikan tidak bertembung dengan mereka (jangan ikut perbuatan aku ini!).
Aku jenis tidak tahu mengatakan tidak dan jika aku ditahan, sudah pasti akan terpacak mendengar syarahan mereka sehingga menjelang masuk Isyak. But please, not tonight!. American Idol menanti. Tarikan JLo juga agaknya.
Sebenarnya aku cam salah seorang daripada lelaki tabligh itu. Maksud cam di sini ialah aku tahu dia siapa tetapi dia tidaklah tahu siapa aku. Dia merupakan bekas CEO sebuah bank. That explains kenapa aku cam dia dan dia tidak tahu pun aku wujud ! Tapi sudah beberapa kali kami solat berjemaah bersama-sama kerana setiap Selasa dia akan berada di surau dekat rumah aku. Rasanya dia memang mengamalkan berkunjung satu surau ke surau yang lain.
Melihat janggut putihnya, aku agak dia sudah bersara dan mungkin mengisi masa dengan kegiatan tabligh.
Aku berjaya memasuki kedai tanpa terserempak dengan mereka. Setelah dengan cepatnya membeli roti dan beberapa benda lain, aku keluar dan baru beberapa langkah, tanpa aku sangka-sangka mereka sudah berada di hadapanku dan memberi salam !
Aku menjawab salam dan dengan segera merasa serba tidak kena kerana di hadapan aku ialah tiga lelaki berjubah dan berserban manakala aku pula hanya memakai T shirt dan seluar three quarter yang jelas menampakkan betis.
Tanpa sempat memikirkan respon aku betul atau tidak, secara automatik aku menutup betis dengan roti yang baru dibeli. Aku rapatkan kaki supaya plastik yang tak sebesar mana itu menutup kedua-dua betis aku. Beberapa ketika kemudian baru aku sedar tindakan aku itu agak over sedangkan tiga lelaki berserban di depan aku ini langsung tidak memberi perhatian pada pakaian akupun apa lagi betisku yang terdedah. Lagipun aku sebenarnya masih menutup aurat cuma kalau nak dibandingkan mereka, faham-faham sajalah rupa aku masa tu.
Seperti dijangka, yang banyak bercakap ialah bekas CEO itu. Ringkasnya dia mengajak aku turut sama menyertai kerja dakwah seperti mereka di samping dapat menyedarkan dan menguatkan ketakwaan diri sendiri terhadap Ilahi. Bagaimanapun katanya, hidup kena balance yang mana membuat aku teringat American Idol dah start dah.
Sempat aku tanya pada CEO itu apa dia buat sekarang sebab aku tak fikir dia menghabiskan masa di padang golf apalagi di depan TV menonton rancangan hiburan macam aku buat (sekali sekala hehe).
"Oh after I left the bank, I started my own business. I've got two companies under me and both are listed," katanya. Tambahnya, syarikatnya diuruskan sama seperti syarikat-syarikat lain tetapi apabila masuk waktu sembahyang, hampir tiada ceruk di pejabat syarikatnya yang tidak mendengar bunyi azan.
Bagaimanapun dia kata dia tahu manusia ada macam-macam jenis dan begitu juga di syarikatnya. Oleh itu dia tidak memaksa lepas azan, semua staff akan terus pergi bersolat tetapi sentiasa berpesan-pesan supaya yang liat akan berubah juga.
Selepas itu akupun balik rumah dan ... menonton baki American Idol.
10 comments:
betis u byk parut ek? hehehehehe
ahaks...tarikan JLO lagi hebat tu...
lols...
(tengok betis)
Mana ada parut, bersih je ni haha (sambil membelek-belek betis)
PB, Jlo makin hari makan lawa :-)
Layd, betis ok, jangan peha hehe
pak asan segan betis byk vulus krenteng2 tuh..
hahahaha.. cabotttt!!
Yang kerenteng tu Kekeh punya haha
teringat citer kawan aku, di suatu musim panas di tanah ratu, pelajar mesia pun galak bersidai di padang dgn pakai macam orang tempatan bersidai..bila nampak kawan aku otomatik dia silangkan tangan tutup bahagian depan dia..hahahaha!
Hehe :-)
Post a Comment