Monday, December 19, 2011

Tentang Mek Mulung Cahaya Bulan

Pagi semalam berkejar ke auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mencari tiket Mek Mulung Cahaya Bulan (MMCB). Tiket yang dicari ialah untuk persembahan malamnya dan jika terlepas, gigit jarilah aku sebab ia merupakan persembahan terakhir. 

Nasib baik tiket masih ada. Mungkin juga ada kerana aku tiba awal dan orang lain belum keluar mendapatkan baki-baki tiket yang masih tertinggal.

Dari reviu yang aku baca sambutan amat menggalakkan dan itulah juga yang mambuat aku mengambil keputusan pergi menonton.

MMCB ialah teater ketiga aku tonton tahun ini selepas The Secret Life of Nora dan Badai Semalam. 


Poster


Nabil dan Razali Hussain.
(gambar di atas bukan dari persembahan malam tadi)


MMCB menampilkan Razali Hussain sebagai Raja Negeri Selindungan Bulan yang bernama Cahaya Bulan dan Ahmad Nabil Ahmad sebagai Awang Pengasuh. 

Pelakon-pelakon lain kebanyakannya adalah terdiri dari Grup Teater Petronas termasuk Haslinda Ali yang memegang watak sebagai Puteri Nang Mara.

Seperti teater Mek Mulung lain, teater ini bermula dengan nyanyian, tarian dan mainan alat muzik tradisi. Memang memukau.   


Puteri Nang Mara
(ini juga bukan foto malam tadi)

Tetapi selepas itu tahu tak ia sarat dengan jenaka pecah perut dengan dialog  menggunakan slanga bahasa terkini.

Memang Nabil dengan jenaka spontan yang mungkin tidak ikut skrip itu menjadi ketua kepada lawak jenaka ini. Namun begitu aku ucapkan tahniah kepada pelakon-pelakon lain dari Grup Teater Petronas yang turut sama "naik syeikh" menggegarkan auditorium dengan dialog dan lakonan lucu mereka. 

Oh ya, sebelum show aku bertembung dengan Nabil yang ditemani isterinya ditangga menuju ke auditorium. Dia sedang bercakap dengan seseorang yang aku agak  mungkin pegawai dari Grup Teater Petronas. Dari perbualan mereka aku merumuskan pegawai itu mahaukan Nabil menyebut tag lineya "lu fikirlah sendiri" untuk persembahan final malam itu. Kemudian entah untuk tujuan apa aku terdengar pula Nabil memberitahu nama penuhnya kepada seorang yang lain. Ketika itulah aku senyum pada Nabil dan menegurnya dan berlangsunglah dialog ini:-

Aku : Ahmad Nabil Ahmad tu memang nama dalam IC ye?
Nabil: Nama dalam IC ialah Ahmad Nabil bin Ahmad Nisfu (gelak) 

Teater MMCP mengisahkan mengenai Puteri Nang Mara yang cantik dan penuh kesaktian itu bermimpi sesuatu yang amat pelik. Setelah ditafsirkan mimpi itu merupakan petanda bahawa Raja Gergasi dari benua Pakkian akan datang membunuh Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara akan dilarikan.

Lalu Cahaya Bulan menitahkan seluruh rakyat Negeri Selindungan Bulan berjaga tujuh hari tujuh malam bagi menggagalkan rancangan Raja Gergasi.

Namun begitu Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur akibat dipukau dengan seruling sakti.

Jenazah Cahaya Bulan dihanyutkan ke sungai tetapi dijumpai oleh rakan sepermainannya sejaka kecil iaitu Epong dan Edeng. 

Epong dan Edeng merawat Cahaya Bulan dengan air mawar yang tidak semena-mena kembaki hidup dan pergi menyelamatkan Puteri Nang Mara dan membunuh Raja Gergasi.

0 comments:

Post a Comment