Friday, September 30, 2011

Tentang Harga dan Nilai Intellectual Property

Oleh sebab “sudah tiada”  tempat berceloteh kerana “masalah” dihadapi satu on line forum tempat aku selalu melepak itu, maka di sinilah sahaja nampaknya aku meneruskan curahan rasa.

Semalam sambil duduk menghadap nasi goreng ikan masin dan telur goreng di sebuah gerai untuk makan tengah hari, sempat aku berbalas SMS dengan Puan Admin forum itu. Dari SMS itu aku faham rasa hatinya dan jika sudah itu keputusannya aku redha dalam sedih.


Aku sendiripun sejak kebelakangan sudah tidak selalu ke forum itu kerana urusan tugas dan menangani beberapa hal peribadi.

Minggu lalu aku memang tidak menang tangan menyiapkan kerja terjemahan untuk sebuah bank dan minggu depan pula mungkin akan duduk bersama seseorang yang mahu berbincang mengenai kemungkinan mengadakan satu projek penerbitan dokumentari.

Untuk yang belum tahu, kerja-kerja di atas itu hanya aku lakukan secara part time kerana aku mempunyai kerja sepenuh masa 9 – 5 yang lain.

Untungnya mempunyai kerja part time seperti itu ialah tidaklah hilang skill tak seberapa yang aku ada di bidang content development ini dan seronoknya pula dapatlah ganjaran upah walaupun tidak sebesar mana.

Di negara ini orang belum tahu menghargai intellectual property, creations of minds dan yang sepertinya ... maka ciput sahajalah bayarannya.

Ini membawa aku teringat pada seorang rakan bernama Zul. Dia seorang ahli ekonomi muda lulusan Cambridge yang aku bukakan pintu untuknya menulis di sebuah majalah bisnes. Aku juga pernah menulis di majalah itu. Setelah dua tiga kali menulis dia berhenti kerana katanya artikel yang sama jika dihantar ke majalah ekonomi di UK akan dibayar ribuan ringgit tetapi di sini hanya RM200 atau RM300 sahaja. Maka dengan itu diapun berhenti menulis.

Tetapi lain pula dengan aku. Selain hanya untuk mengisi masa lapang, bermain dengan ayat dan memilih ungkapan kata merupakan passion yang mesti aku lakukan untuk mengisi jiwa. Wah .. macam bagus benar bunyinya padahal tulisan aku adalah hampas belaka hehe. Ye, siapalah yang berminat dengan tulisan-tulisan yang diisi dengan angka dan statistik ekonomi dan dunia perniagaan yang sengaja disedapkan dengan pelbagai forward looking statements.

By the way do you all know what forward looking statements are ? Apabila membaca laporan ekonomi dan dunia pernigaan mungkin korang pernah berjumpa perkataan-perkataan seperti ramalan, jangkaan, sasaran,  anggaran, merancang, matlamat, percaya, akan, harus, boleh, berpotensi, berhasrat atau perkataan lain yang mempunyai ekspresi yang sama … inilah dia forward looking statements.

 

Sebenarnya perkataan-perkataan seperti ini juga boleh digunakan ke atas kita sendiri iaitu berkaitan tindak-tanduk kita merancang kehidupan dan mencari jalan terbaik menuju apa yang disasarkan.

 

Berbalik kepada aku dan kerja part time ku, berbanding dengan Zul, aku biasanya tak pernah meletakkan harga atas kerjaku. Berapa orang bagi aku terima saja. Inipun satu kesalahan juga sebenarnya kerana jika aku hendak memperjuangkan harga untuk intellectual property, sudah tentu orang seperti akulah who has to set the priceHmm ... hari ini buat skrip lawak untuk Nabil adalah lebih tinggi bayarannya, agaknya. 

 

Tulisan ini semakin kehilangan fokus dan hala tuju dan sebelum aku melalut baik aku berhenti, lagipun kawan-kawan lain sudah pula menuju ke masjid untuk  solat Jumaat. 




6 comments:

strawberi said...

nk tutup tros ke IG?huhu..kena redha la..dh tumpang tmpt org..masanya akan tiba jugak kan

Unknown said...

isk isk isk...tutup IG??????
uuwwwwaaaaaaaaa :(

Rin Ahmad said...

ada orang lain akan ambil alih IG baru... kita tunggu je kalau ada rezeki ya...! harap IGian tak lupa terus kepada IG ...

HK... good luck dengan kerja part time anda... kalau pun IG tak ada.. keep in touch ya.. sakit ke, sihat ke, suka ke, duka ke, sedih ke, gembira ke, apa2 je.. jangan laa mendiam kan diri..

juga kepada IGian yang lain... FB masih ada..

plug2pin said...

kt mesia bab2 IPR ni derang lom ada kesedaran lagi kot. terutama bab2 patent tu...

tp nak patentkan pun, leceh gak...a lot of docs...arghhh

usahaone said...

HK nanti boleh cerita sikit Tentang IG yg tutup..kenapa tiba2 ada masalah?

ok memang setuju pasal IP ni tapi kata org kalau kita minat dan tak kisah dgn pulangannya lambat laun ia akan datang kepada kita setimpal dalam masa sama skil kita semakin bertambah.

zarul said...

Can you forward to me some of your market reports? Will be useful for me as well.. .:P

Post a Comment