Friday, April 8, 2011

Tentang MasterChef Malaysia



Setelah beberapa bulan mengikuti rancangan MasterChef US dan kemudiannya Junior MasterChef Australia, bulan Oktober nanti tercongoklah aku di depan TV menyaksikan MasterChef Malaysia pula.

Astro bakal menerbitkan rancangan realiti berasal dari UK  ini dan khabarnya audition sedang berlangsung. Ia akan dikendalikan di dalam bahasa Malaysia dan disiarkan melalui Astro Ria (104).

Sebenarnya Malaysia bukanlah satu-satunya negara Asia Tenggara yang mengambil dan menerbitkan rancangan popular ini sebab Indonesia dan Filipina juga telah berbuat demikian. Selain itu juga ada MasterChef India, MasterChef Greece, MasterChef New Zealand dan MasterChef Sweden. 

Untuk MasterChef Malaysia, aku harap barisan jurinya biarlah chef-chef terkenal juga seperti  Chef Wan atau yang sepertinya. Janganlah setakat ambil selebriti (aktor atau aktres) yang konon-konon handal bab memasak dan ada rancangan TV sendiri tu. Macam tak dapat belajar apapun dari mereka ini.   

Teruja hendak melihat bagaimana tahap kebolehan orang Malaysia apabila disuruh menyiapkan meal course untuk fine dining.

Aku yakin ramai orang Malaysia yang boleh buat cuma mereka selama ini tidak ada tempat menunjukkan kebolehan masing-masing, selain di ceruk dapur sendiri sahaja. Ada yang mendapat kebolehan menyediakan makanan fine dining ini melalui minat dan trial and error sahaja berpandukan buku-buku resipi dan ada juga yang memang belajar secara langsung. 

Sepupuku Reezal adalah antara orang yang memang belajar memasak makanan ala Barat ini secara langsung ketika mengambil kursus Hotel and Catering di NPC.  Tetapi sebaik habis belajar dia memilih menjadi pramagura pula. Bagaimanapun, oleh sebab sudah ada pengetahuan, selalu sahajalah dia menjadi rujukan saudara mara bagaimana hendak membuat mushroom soup, sauce itu ini, steak dll. 


Aku tak tahu sama ada Reezal berminat hendak memasuki MasterChef Malaysia ini. Aku pula sudah tentunya tak layak kalau asyik masak nasi goreng saja.

Selain makanan Barat yang sesuai untuk cafe, bistro, casual dining, aku rasa, rancangan versi Malaysia ini akan disuntik juga dengan elemen tempatan. Mereka akan diuji membuat rendang, segala jenis tumis-tumisan dan kuih muih tempatan dll agaknya.

Habislah dapur MasterChef kita nanti dengan wap dan percikan minyak. But I like.









   

4 comments:

akuatik said...

suruh peserta masak cara tempatan, pastu masa yg kena create resipi sendiri baru la boleh masuk elemen fusion. baru la boleh kita kenalkan masakan tempatan, bukan semua orang tempatan pun tau semua jenis masakan.

Cik Liza said...

yeps... ikut negeri kan kak??
masakan sarawak... kelantan.. ganu.. perak.. :)
each negeri ada masakan khusus mereka sendiri.. walla.. sure sengit.. ;)

Anonymous said...

Gulei tempoyak jangan lupa

topchefan said...

Materchef channel berapa? Yg sy tahu topchef je...

Post a Comment